Dikuasakan oleh Blogger.

WAN KASWI HANTU KAK LIMAH MENINGGAL DUNIA

Wan Kaswi-Azwan Annuar Hantu Kak Limah Meninggal dunia

WAN KASWI HANTU KAK LIMAH MENINGGAL DUNIA

Wan Kaswi filem Hantu Kak Limah, atau nama sebenarnya Azwan Annuar, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.

Berita kematiannya disampaikan sahabatnya yang dikenali sebagai Hafiq, di laman Facebook. Allahyarham mengalami sakit belakang sejak beberapa hari lalu.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Faizin, Jalan 1, Kuala Lumpur selepas Zohor.

Selain bergelar sebagai pelakon, allahyarham juga merupakan seorang blogger, penulis skrip dan pengawai perhubungan awam. Beliau cukup dikenali dalam kalangan artis tempatan dan teman-teman media. Arwah juga tidak loket mengukir senyuman pada wajahnya.

Wan Kaswi Hantu Kak Limah Meninggal dunia

Menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham cukup sinonim dengan tagline "sabor aje lah".

Untuk makluman, beliau merupakan co-produser filem Ophilia dan individu yang telah banyak membuat perubahan dalam industri filem tanah air.

Ketika hayatnya, Arwah pernah menceritakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah filem Melayu ala-ala Taken (Liam Neeson), filem sejarah Melayu bersama mengangkat Silat dan sebuah filem tentang Highlanders (wali)..

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin..


Tag : Semasa
0 Komentar untuk "WAN KASWI HANTU KAK LIMAH MENINGGAL DUNIA"

Back To Top