Dikuasakan oleh Blogger.

'WANITA SYAITAN' BELASAH BAYI UMUR KURANG SETAHUN

Dera Bayi

'WANITA SYAITAN' BELASAH BAYI UMUR KURANG SETAHUN

Perempuan ini tidak layak dipanggil 'Wanita Binatang', kerana bintang juga mempunyai sifat kasih sayang sesama haiwan. Syaitan yang bertopengkan manusia ini, bertindak kejam tanpa perikemanusiaan mendera seorang bayi.

Satu rakaman video berdurasi 47 saat itu memaparkan seorang bayi berusia kurang setahun sedang didera kini tersebar dan menjadi bualan hangat (Viral) di laman sosial hari ini.

Gara-gara berang dan tidak tahan mendengar tangisan bayi, dia bertindak di luar kawalan dengan memukul dada dan muka bayi malang berkenaan bertubi-tubi sambil menjerit meyuruhnya diam dan berhenti menangis.



Tidak setakat itu, bayi berkenaan turut dipukul di tangan, bahagian belakang badan dan kepala. Lebih teruk, wanita ini bertindak gila merakam perbuatan tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Malaysia ini mencetuskan kemarahan masyarakat seluruh negara.

Ekoran itu, ramai yang berharap agar segera kes ini disiasat dan si pelakunya di bawa ke muka pengadilan kerana menyeksa bayi berkenaan.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "'WANITA SYAITAN' BELASAH BAYI UMUR KURANG SETAHUN "

Back To Top