KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 | 18 April 2015
Aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2015 yang berlangsung pada 18 April 2015 adalah perlawanan kali kelapan. Saingan Liga Super minggu ini hanya membabitkan 5 venue setelah perlawanan antara Pahang menentang Perak ditunda pada 5 Mei ini.
Perlawanan masing-masing ditetapkan bermula pada jam 8.45 malam. Tiga perlawanan yang disiarkan secara langsung (LIVE) menerusi kaca tv adalah, Terengganu lawan Felda (RTM 1), Johor Darul Takzim lawan Kelantan (TV3) dan Selangor lawan Lions XII (TV9).
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super Malaysia 2015 yang berlangsung pada 18 April 2015:
● TERENGGANU 1-3 FELDA UNITED
Goals:
20' Ahmad Shamim Yahya
63' Paulo Rangel
80' Ndumba Maceche
84' Zah Rahan
* Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu *
● SELANGOR 4-0 LIONS XII
Goals:
6' 11' 14' Afiq Azmi
78' De Paula
* Stadium Shah Alam, Selangor *
● JDT 3-1 KELANTAN
Goals:
9' Iwuji Ammachi Augustine
18′ Hariss Harun
22′ Alhaji Kamara
42′ Amri Yahyah
* Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin *
● PDRM 4-1 SIME DARBY
Goals:
35' 46' Ali Ashfaq
51' Mamadou Sumareh
75′ Reinaldo Da Costa
90+4′ Mohd Fauzi Abd Majid
* Stadium Selayang *
● SARAWAK 1-1 ATM
Goals:
63' Ryan Griffiths
68' Jeerry Nelson Palacios
* Stadium Negeri, Sarawak *
* Tamat kesemua perlawanan.
Lima perlawanan yang begitu menarik disaksikan malam ini. Banyak jaringan terhasil daripada setiap perlawanan. Di Shah Alam, Selangor berpesta gol ke atas Lions XII. Empat jaringan tercipta dan tanpa balas daripada pihak lawan. Afiq Azmi menjadi wira buat Selangor selepas jaringan hatrik membantu pasukannya menewaskan Lions, manakala jaringan keempat daripada pemain import De Paula di minit ke-78. Kemenangan itu menjadikan Selangor sebagai pendahulu liga setakat ini.
Sementara itu, di Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah terkulai selepas pasukan pelawat, Felda United menewaskannya dengan keputusan 3-1. Jaringan pertama perlawanan diperolehi oleh Felda menerusi tandukan Ahmad Shamim Yahya pada minit ke-20. Bagaimanapun, memasuki babak kedua perlawanan, Paulo Rangel berjaya merapatkan jurang menjadikan seri 1-1 hasil hantaran baik daripada pemain baru Terengganu, Norshahrul ( Mat Yo). Namun, pada minit ke-80 permainan, Felda sekali lagi membolosi gawang Terengganu menerusi pemain gantian, Ndumba Maceche. Peluang Terengganu untuk menyamai kedudukan musnah apabila Zah Rahan meledak gol ketiga Felda di minit-minit terakhir perlawanan. Tiga mata berharga berjaya dibawa pulang oleh Felda sekaligus mengekalkan kedudukan kedua di tangga Liga. Rekod tanpa kalah pasukan Terengganu pada aksi liga Super di laman sendiri musim ini lebur.
Di Larkin pula, keputusan dicatatkan 3-1 dengan kemenangan milik Johor Darul Takzim (JDT).
Kelantan terus mengulangi kekecewaan menjadikan kekalahan kelimanya pada aksi kali ini. Perlawanan yang siarkan secara langsung di TV3 itu, menyaksikan jaringan pertama seawal minit ke-9 diperolehi oleh Kelantan. Bagaimanapun, pada minit ke-18, Hariss Harun berjaya menjaringkan jaringan penyamaan. JDT terus mengganas empat minit selepas itu, dengan ledakan kedua menerusi Alhaji Kamara. Amri Yahyah pada minit ke-42 membantu meninggalkan kedudukan bersama Kelantan.
Manakala di Selayang , PDRM terus mengekalkan kegemilangannya selepas menumbang Sime Darby dengan keputusan 4-1. Dua jaringan oleh Ali Ashfaq, satu jaringan daripada Reinaldo Da Costa dan Mohd Fauzi Abd Majid, berjaya membantu PDRM memungut 3 mata penuh. Satu lagi perlawanan yang menyaksikan pertemuan Sarawak bersama ATM berakhir dengan keputusan Seri 1-1.
5 Mei 2015 (Selasa)
● PAHANG VS PERAK
Carta Kedudukan Liga Super 2015 Selepas 8 Perlawanan
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 | 18 April 2015"