Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 19 APRIL 2015

Keputusan perlawanan EPL 19 April 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 19 APRIL 2015

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung bermula semalam dan hari ini (19 April 2015) adalah saingan kali ke-33. Empat venue berlangsungnya pada lewat Sabtu dan tiga perlawanan selebihnya pada 19 April 2015.

Perlawanan tumpuan pada minggu ini adalah pertemuan Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge. Pertembungan itu memberikan kemenangan buat tuan rumah, Chelsea. Keputusan perlawanan mencatatkan 1-0 dengan jaringan tunggal oleh Eden Hazard pada minit ke-38. Gol terhasil menerusi gabungan mantap Fabregas, Oscar, dan Eden Hazard. Kerjasama ketiga-tiga pemain ini berjaya meraih gol menerusi sepakan Hazard yang membolosi gawang yang dikawal David De Gea.

Kemenangan itu menghampiri Chelsea sebagai gelaran juara EPL pada musim ini. Kedudukan Chelsea semakin kukuh di puncak liga dengan pungutan sebanyak 76 mata setakat ini. Manakala, Manchester United masih tetap bertahan di tangga ketiga dengan 65 mata yang memanjangkan rekod buruk mereka di Stamford Bridge apabila menjadikan ia sebagai kegagalan yang ke-15 dalam 17 perlawanan di kubu The Blues.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada 19 April 2015 (Ahad).

● Crystal Palace 0-2 West Brom
Goals:
2' James Morrison
53' Craig Gardne

● Everton 1-0 Burnley
Goal:
29' Kevin Mirallas

● Stoke City 2-1 Southampton
Goals:
22' Morgan Schneiderlin
47' Mame Biram Diouf
84' Charlie Adam

● Leicester City 2-0 Swansea City
Goals:
15' Leonardo Ulloa
89' Andy King

19 APRIL 2015 (AHAD)

● Chelsea 1-0 Manchester United (12.30 am)
Goal:
38' Eden Hazard

● Manchester City 2-0 West Ham United - (8.30 pm)
Goals:
18' James Collins (gol sendiri)
36' Sergio Agüero

● Newcastle United 1-3 Tottenham Hotspur - (11 pm)
Goals:
30' Nacer Chadli
46' Jack Colback
53' Christian Eriksen
90+1 Harry Kane

* Perlawanan minggu ke-33 ini, yang membabitkan pasukan Arsenal dan Liverpool ditunda kerana terlibat pada kejuaraan Piala FA.

● Arsenal lwn Sunderland * Ditunda
● Liverpool lwn Hull City * Ditunda
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 19 APRIL 2015"

Back To Top