Dikuasakan oleh Blogger.

KISAH SEDIH PUTERI ZAINAH ISTERI PERTAMA NAJIB YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!

Puteri Zainah Iskandar- Isteri pertama Najib
Puteri Zainah Iskandar- Isteri pertama Najib
KISAH SEDIH PUTERI ZAINAH ISTERI PERTAMA NAJIB YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!

Inilah Kisah Sedih Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato' Seri Najib Razak | Semua orang tahu Datin Hajah Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai BikMama@LadyFirst ialah isteri kedua Dato Seri Hj Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, Isteri pertama PM Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar (kerabat diraja Kelantan), perempuan pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Mari kenalinya lebih dekat lagi..

Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat. 

Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin. 

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. 

Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa bekas suami Datin Hajah Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM1. Manakala anak perempuan Datin Hajah Rosmah Mansor bersama Farid Ismeth pulak ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fazley.

YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui kehidupannya. 

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 28 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan. 

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau. 

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel. 

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin. Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah. 

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.

Pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah PM Najib dan Rosmah telah pergi ber'honeymoon' di Eropah. Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.

Tag : Info
40 Komentar untuk "KISAH SEDIH PUTERI ZAINAH ISTERI PERTAMA NAJIB YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!"

Aku tidak menyokong mana2 parti. Namun aku tidak percaya negativity hidup peribadi seseorang dapat memperhebat cara kepimpinan seseorang. Aku cuma bosan media massa Dan kesemua ahli politik berceramah lebih berteraskan keburukan parti lain. Sekiranya siapapun menjadi perdana menteri aku akan tetap menyokong Dan memberi peluang untuk pemimpin itu tunjukkan. Lagipun aku diberi peluang untuk mengundi Dan aku percaya kepada era demokrasi. Biarlah kita maju demi kemapanan negara utk generasi seterusnya, jangan kita malu kerana akhlak d mata dunia. terima kasih rakyat Malaysia yg menyumbang kepada pencapaian yg membanggakan Malaysia. Biarlah sekecil semut asalkan sengat terasa. Terima kasih Dan jutaan terima kasih

Research tak ada integriti jadi fitnah bro. Suka hati je tuduh farid ismeth emir. Tak takut dosa?

Bukan Farid tapi Fitri Aziz pembaca TV3

Bukan Farid tapi Fitri Aziz pembaca TV3

Bukan Farid tapi Fitri Aziz pembaca TV3

Farid ismeth emir... org2 dlu pn tau cter sbnr

Farid ismedt pembaca berita rtm dulu biasa dgr cerita ni dulu tp x berapa jelas skrg dah tau

Bkn fitri ..tp farid..research blk kak oi

Bukan farid..ex husband dia namanya aziz sepupu pada mak saya..

Betapa besar dosa orang yang membuka aib orang lain..sudahlah...biarla itu jadi kenangan pahit manis diorang...isteri pertama najib atau anak2nya x pernah pun hebohkan...janganla mengapi apikan keadaan...kenangan lalu biarlah......☺☺ peace no war...

buatan cerita yg bagus ..tp utk makluman fared tu bkn isteri rosmah...nak bercerita tapi tak nak cari fakta last2 buat cerita ikut suka.waka waka wka

bad webite. too many advertisements appear. distracted betol.

Farid bkas suami rosmah, bkan isteri okayy

Farid bkas suami rosmah, bkan isteri wakawakaaaa

bks suami rosmah nama aziz la ,, mengarut

Siapa mak bapak penulis artikel ni...mesti mak dia hijau....

Siapa mak bapak penulis artikel ni...mesti mak dia hijau....

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Siapa mak bapak penulis artikel ni...mesti mak dia hijau....

Hehe...bekas suami datin sri rosmah bapa azrene soraya wife dato fazley..Namanya Aziz Hitam....x tau sapa..tp kerja best jugaklah masa berkahwin dgn beliau...

Org dulu tahu la cerita najib beli ke apa.. Walaupun msa tu xde internet tp berita cepat bergerak nak pula kes MB waktu itu.. Ini bukan buka aib.. Apa maksud aib bro.. Kalau kita cerita mereka beromen kena tangkap basah tu baru di kira aib.. Ini cuma bagi tahu soal keluarga dan peribadi PM yang kita Sayangi Ini.. Supaya makin dekat dihati rakyat

Back To Top