Dikuasakan oleh Blogger.

MEMALUKAN! "MOHON TENGKU 'DELETE' GAMBAR INI!"


MEMALUKAN! " MOHON TENGKU 'DELETE' GAMBAR INI!

Sejak Sabtu lalu, gambar persandingan anak lelaki Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Dr. Tengku Iqbal Munawwir dan isterinya Ayu Linggasari, yang berasal dari Indonesia tersebar di laman sosial dan menjadi bahan kritikan pedas netizen. Gambar itu dimuat naik oleh Tengku Adnan sendiri di laman Facebooknya.


Mana tidaknya, kedua-duanya dikatakan tidak menutup aurat, lebih-lebih lagi pengantin perempuan yang jelas sekali kelihatan seperti berkemban yang menampakkan dirinya seksi.

Justeru, orang ramai meminta Menteri Wilayah Persekutuan itu memadamkan gambar persandingan anak lelakinya yang dimuat naik di laman Facebook kerana ia memalukan dan tidak sepatutnya dimuat naik untuk tatapan ramai.

Difahamkan, majlis itu berlangsung di Putrajaya pada 6 Jun yang lalu. Kedua-duanya memakai pakaian tradisi kaum Jawa. 


Majlis persandingan itu juga turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan 12 ribu tetamu yang lain.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "MEMALUKAN! "MOHON TENGKU 'DELETE' GAMBAR INI!""

Back To Top