Dikuasakan oleh Blogger.

PANDUAN KESELAMATAN INI PENTING ! JIKA ANDA RASA GEGARAN GEMPA BUMI

Gempa Bumi

PANDUAN KESELAMATAN INI PENTING ! JIKA ANDA RASA GEGARAN GEMPA BUMI

Persediaan penting sebelum gegaran:

1- Sedia untuk survival diri ( dokumen penting, alat komunikasi, kit pertolongan cemas, powerbank, makanan dan air, dan lain2 ) kerana jika gempa terlalu kuat, elektrik, air, gas dan telefon tidak berfungsi.
2- Simpan barang-barang yang boleh membahayakan. Letak di dalam rak/kawasan yang selamat
3- Mungkin dah kena fikir pasal insurans? Terutamanya melibatkan property milik anda.

Semasa gegaran berlaku:

1- Tenang dan jangan panik (untuk elak orang lain panik juga)
2- Jika anda masih di dalam rumah, segera meniarap ke lantai, berlindung di bawah meja & berpegang pada meja terbabit
3- Jarakkan diri anda daripada sebarang perabot contohnya rak buku, perabot dapur untuk elak dihimpap
4- Jauhkan diri daripada tingkap (tekanan tinggi mengakibatkan tingkap mudah pecah & merbahaya)
5- Jika berada di luar rumah, cari kawasan lapang jauh dari bangunan, pokok dan kabel elektrik. 7- Meniarap ke tanah sebab anda tak boleh berdiri dengan stabil ketika gegaran
6- Jika anda sedang memandu, berhentikan kereta di tepi jalan dan cari kawasan lapang yang selamat
7- Jika di kawasan pergunungan, akan ada tanah runtuh dan jika di kawasan lautan, potensi untuk tsunami berlaku
8- Jika anda berada di tempat awam yang sesak, jangan panik. Kekal tenang, tutup kepala dan leher guna lengan dan tangan anda. Keluar dari bangunan ataupun cari tempat untuk berlindung (contohnya bawah meja)

Selepas gegaran:

1- Periksa sekiranya ada bau gas (tutup). Jika ada pendawaian elektrik rosak (matikan suis utama)
2- Jika telefon boleh berfungsi, guna hanya waktu kecemasan sahaja.
3- Alert bahawa akan ada barang jatuh daripada almari atau almari apabila pintu dibuka. Periksa keretakan dan kerosakan pada bumbung  rumah anda.
4- Alert dengan perkembangan susulan berkenaan gempa
5- Jika anda meninggalkan rumah, jangan lupa untuk maklumkan lokasi anda pada rakan-rakan dan keluarga.


Boleh juga tengok panduan dan tips melalui gambar di bawah. Semoga dapat membantu semua serba sedikit.


Panduan gempa bumi
Kdt - Magicalips
Tag : Info
0 Komentar untuk "PANDUAN KESELAMATAN INI PENTING ! JIKA ANDA RASA GEGARAN GEMPA BUMI"

Back To Top