TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PEMIMPIN ISLAM KE 42 PALING BERPENGARUH DI DUNIA
Pada malam Jumaat, penghulu segala hari yang bertarikh 12 Februari 2015 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1436 Hijrah. Malaysia menerima berita mendukakan apabila seorang agamawan, ilmuan dan ahli politik, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang disegani ramai dijemput oleh pencipta-Nya.
Murabbi Ummah, Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat kanser prostat. Allahyarham dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari 2015 sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 9.40 malam di kediamannya, Pulau Melaka, Kota Bharu.
Sejurus mendengar kematian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham. Puluhan ribu manusia hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
Lantaran itu, JELAS Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin Islam paling berpengaruh.
' The 500 Most Infuential Muslims', sebuah buku yang menyenaraikan pemimpin-pemimpin islam seluruh dunia paling berpengaruh. Buku ini mula terbitkan pada tahun 2009. Buat pertama kali penerbitannya, Tuan Guru Nik Aziz satu-satunya pemimpin islam dari Malaysia yang dipilih sebagai paling berpengaruh dunia dalam buku itu. Tok guru tersenarai di kedudukan ke-42 individu berpengaruh dunia.
Ia diperkenalkan untuk kajian tahunan membabitkan personaliti muslim terkemuka dari seluruh dunia. Buku ini terhasil daripada hasil kajian bersama oleh Royal Islamic Strategic Studies Center yang berpangkalan Amman, Jordan dan Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding.
Buku tersebut disunting oleh pensyarah terkenal iaitu Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin dari Universiti Georgetown di Washington.
Profesor Esposito merupakan pengarah kepada Prince Alwaleed Bin Talal Center dan Profesor Kalin adalah jurucakap 'the Common Word dialogue' membuat inisiatif awal mengumpulkan kajian di dalam blog mereka.
Keratan akhbar yang memberitakan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin paling berpengaruh dunia |
Ini pula muka isi kandungan dalam buku tersebut, menunjukkan Dato' Haji Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin Islam berpengaruh yang berada di rangking ke-42 dunia.
VIDEO - Nik Aziz Antara Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia - Astro Awani
Tok Guru Nik Aziz Pemimpin Islam Ke 42 Paling Berpengaruh Di Dunia
BELASUNGKAWA TUAN GURU NIK AZIZ (2015) - ASTRO MAYA HD
'Membangun bersama Islam', itulah gagasan yang digunapakai oleh kerajaan PAS Kelantan selepas memenangi semula kerusi kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang pada 1990. Ianya bukan sekadar cogan kata, tempoh 23 tahun Allahyarham sebagai Menteri Besar membuktikan beliau berupaya mentadbir sebuah kerajaan negeri berdasarkan amalan syariah, sehingga dinamakan sebagai antara pemimpin islam yang paling berpengaruh dalam buku tersebut.
Gambar kenangan Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) ketika muda bersama rakan-rakan.
Gambar kenangan Tok Guru Nik Aziz buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke pejabat Menteri Besar Kelantan bagi mengalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan pada tahun 1990.
~ AL-FATIHAH ~
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Semoga roh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tenang di alam sana. Insyallah..
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PEMIMPIN ISLAM KE 42 PALING BERPENGARUH DI DUNIA"