PERMUKAAN MATAHARI KINI KELIHATAN RETAK?
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) memperlihatkan sebuah pemandangan unik di angkasa menggunakan sebuah teleskop, Solar Dynamics Observatory (SDO). Permandangan itu ditunjukkan dalam 2 video bagi merayakan 5 tahun The Solar Dynamics Observatory dan Observatorium Matahari NASA (SDO) di luar angkasa.
Bagaimanapun, dalam video itu, terlihat permukaan Matahari yang tampak 'retak' di beberapa bahagian. Penampakan 'retakan' itu pada matahari kira-kira sepanjang 857.780,352 km.
Namun, penampakan itu bukanlah retakan yang sebenarnya, 'retakan' hitam itu dikenali sebagai 'Filamen Matahari' yang biasa muncul dalam beberapa waktu. Fenomena itu tak bertahan lama, dalam beberapa hari kemudian, penampakan 'retakan' tersebut akan menghilang.
Filamen itu bergerak meletus ke luar angkasa sebagai 'coronal mass ejection' dan kadang-kala ia kembali lagi ke permukaan Matahari seperti hujan. 'Retakan' hitam itu merupakan area material yang lebih sejuk terapung-apung pada permukaan Matahari. Manakala, penampakan merah di sekelilingnya merupakan material yang panas.
"SDO menangkap gambar filamen dalam berbagai panjang gelombang, yang masing-masing membantu menunjukkan suhu berbeza dari material matahari," - ujar seorang ahli NASA
Penelitian lebih lanjut dapat dilakukan untuk melihat perbezaan panjang gelombang dan suhu bagi mengetahui apa yang menyebabkan struktur ini dan apa yang memicu letusan pada permukaan matahari.
Sementara itu, NASA menerusi satelitnya menunjukkan gambar sebahagian besar kawasan Amerika telah berubah menjadi putih akibat dilitupi salji tebal. Salji yang memutih ini membuatkan AS seolah-olah telah bertukar menjadi Kutub Utara.
Menurut laporan Gizmodo sabtu lalu, cuaca sejuk ekstrem itu disebabkan oleh hembusan udara beku dari kawasan Artik atau Kutub Utara dan Siberia di Eropah. Akibat cuaca ekstrem ini, beberapa rekod suhu paling sejuk dicatatkan di Amerika. Bandar Richmond di Kentucky tercatat sebagai bandar paling sejuk dengan suhu minus 35 darjah Celsius!
PERMUKAAN MATAHARI KELIHATAN RETAK
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) memperlihatkan sebuah pemandangan unik di angkasa menggunakan sebuah teleskop, Solar Dynamics Observatory (SDO). Permandangan itu ditunjukkan dalam 2 video bagi merayakan 5 tahun The Solar Dynamics Observatory dan Observatorium Matahari NASA (SDO) di luar angkasa.
Bagaimanapun, dalam video itu, terlihat permukaan Matahari yang tampak 'retak' di beberapa bahagian. Penampakan 'retakan' itu pada matahari kira-kira sepanjang 857.780,352 km.
Namun, penampakan itu bukanlah retakan yang sebenarnya, 'retakan' hitam itu dikenali sebagai 'Filamen Matahari' yang biasa muncul dalam beberapa waktu. Fenomena itu tak bertahan lama, dalam beberapa hari kemudian, penampakan 'retakan' tersebut akan menghilang.
Filamen itu bergerak meletus ke luar angkasa sebagai 'coronal mass ejection' dan kadang-kala ia kembali lagi ke permukaan Matahari seperti hujan. 'Retakan' hitam itu merupakan area material yang lebih sejuk terapung-apung pada permukaan Matahari. Manakala, penampakan merah di sekelilingnya merupakan material yang panas.
Penelitian lebih lanjut dapat dilakukan untuk melihat perbezaan panjang gelombang dan suhu bagi mengetahui apa yang menyebabkan struktur ini dan apa yang memicu letusan pada permukaan matahari.
Sementara itu, NASA menerusi satelitnya menunjukkan gambar sebahagian besar kawasan Amerika telah berubah menjadi putih akibat dilitupi salji tebal. Salji yang memutih ini membuatkan AS seolah-olah telah bertukar menjadi Kutub Utara.
Menurut laporan Gizmodo sabtu lalu, cuaca sejuk ekstrem itu disebabkan oleh hembusan udara beku dari kawasan Artik atau Kutub Utara dan Siberia di Eropah. Akibat cuaca ekstrem ini, beberapa rekod suhu paling sejuk dicatatkan di Amerika. Bandar Richmond di Kentucky tercatat sebagai bandar paling sejuk dengan suhu minus 35 darjah Celsius!
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "PERMUKAAN MATAHARI KINI KELIHATAN RETAK?"