Dikuasakan oleh Blogger.

LEBIH 900 RIBU PEMOHON BR1M GAGAL ! SILA KEMUKAKAN RAYUAN

Borang Rayuan Permohonan BRIM


LEBIH 900 RIBU PEMOHON BR1M GAGAL ! SILA KEMUKAKAN RAYUAN

Pasti anda yang layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 sudah membuat permohonan bukan? Namun, tiada sebarang perkhabaran gembira atau dalam kata lain pemohonan anda gagal. Rata-rata yang gagal mendapat pembayaran BR1M 4.0 adalah pemohon baru.

Berhubung perkara itu, seramai 973,067 pemohon didapati gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagaimanapun, pemohon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sebulan bermula 1 Mac 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata rayuan perlu dikemukakan secara manual melalui borang yang boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my atau melalui pemimpin tempatan.



Borang Rayuan Permohonan BRIM


"Rayuan ini tidak boleh dikemukakan secara online kerana pemohon perlu mengemukakan lampiran bagi menyokong permohonan mereka," katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di Putrajaya sebentar tadi.

Bagi anda yang gagal dalam pemohonan BR1M 4.0, borang rayuan boleh didapati di sini [ BORANG RAYUAN BR1M 4.0 ]. Anda perlu memuat turun borang berikut dan lampirankan, kemudian isi semua butiran-butiran yang diperlukan. Serahan borang boleh dibuat di mana-mana agensi kerajaan yang terlibat dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia ini dan di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "LEBIH 900 RIBU PEMOHON BR1M GAGAL ! SILA KEMUKAKAN RAYUAN"

Back To Top