Dikuasakan oleh Blogger.

PELANCONG JERMAN MINTA DATUK HISHAMMUDDIN SNAP GAMBARNYA

PELANCONG JERMAN MINTA DATUK HISHAMMUDDIN SNAP GAMBARNYA


Hishammudin ambil gambar pelancong jerman di Angkor Wat.

Mungkin ianya biasa bagi kita, jika ada pelancong yang terserempak dengan kita menyuruh supaya mengambil gambarnya. Atau, kita sendiri meminta kepada orang lain berbuat perkara sama yang sedemikian.


Kebiasaanya orang yang berada berdekatan dengannya akan menjadi mangsa, tapi yang pastinya mereka ini mesra. Tidak kekok dan tanpa segan silu meminta pertolongan dari orang yang tidak dikenalinya.

Bagaimanapun, perkara itu berlaku kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika berada di pusat pelancongan terkemuka Kemboja, kompleks kuil Angkor Wat tempoh hari.

Beliau berjalan bersama beberapa rakan dan pegawai Kemboja untuk melihat keunikkan kuil Angkor Wat. Namun, tidak semena-mena, satu pasangan Jerman meminta beliau agar tolong ambilkan gambar mereka sebagai kenangan pelancongannya.

Dengan sikapnya yang rajin tersenyum dan sentiasa membantu, Datuk Seri Hishammuddin tanpa merungut menyambut baik pertolongan pasangan dari Jerman berkenaan.

Tindakan spontan beliau itu berjaya dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial beliau seperti Twitter dan Facebook.

Ramai yang memuji sikap merendah dirinya itu walaupun ketika itu beliau diringi pegawai-pegawai kanan Kemboja dan bergelar seorang 'Menteri '.

Mungkin pasangan Jerman itu tidak mengenali beliau dan tidak perasan sebelum meminta pertolongan dari DS Hishammuddin.

Agaknya apa reaksi pelancong Jerman berkenaan andai mereka tahu yang dimintanya mengambil gambar itu adalah tetamu VIP kerajaan Kemboja dan juga Menteri Pertahanan Malaysia? - mynewshub



Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PELANCONG JERMAN MINTA DATUK HISHAMMUDDIN SNAP GAMBARNYA"

Back To Top