PEKERJAAN INI HANYA DI JEPUN ! TIADA DI NEGARA LAIN
Pekerjaan ini tersenarai dalam pekerjaan paling pelik di dunia. Hanya di Jepun! tiada di negara lain. Pekerjaan ini dipanggil sebagai 'OSHIYA' (押し屋), iaitu penolak di stesen keretapi di Jepun. Oshiya berasal dari kata kerja "Osu" (押す) yang membawa maksud "menolak", manakala "ya" bermaksud "garis kerja".
Kita ketahui, Jepun adalah sebuah negara maju, yang mana ramai rakyatnya tidak hanya menggunakan kereta. Majoritinya mensasarkan keretapi laju (bullet train) sebagai kenderaan utama mereka untuk ke tempat kerja atau ke sesuatu destinasi.
Oleh itu, kesesakkan manusia tidak terlihat di jalanraya sebaliknya di stesen keretapi. Jadi situasi sebegitu memerlukan khidmat Oshiya. Tugas Oshiya adalah mendorong atau menolak para penumpang Shinkansen (keretapi laju) masuk ke dalam keretapi agar lebih ramai penumpang boleh dimuatkan ke dalam keretapi tersebut.
Waktu pagi dan petang adalah waktu kerja mereka. Pagi dan petang merupakan waktu yang paling sibuk dengan kesesakkan penumpang.
Biarpun tampak segak dan rapi dengan seragam khususnya. Namun kerjanya dilihat seakan memaksa atau kejam. Mana tidaknya, mereka menolak para penumpang keretapi padat seperti tin sardin. Tetapi hakikatnya ia adalah normal bagi penumpang. Tugas mereka tidak hanya menolak, sebaliknya juga menjamin keselamatan penumpang sampai ke destinasinya.
Tengoklah cara mereka bekerja dengan menolak para penumpang keretapi. Jika anda sebagai penumpang, sanggupkah anda menjadi ikan sardin?
Tag :
Info
0 Komentar untuk "PEKERJAAN INI HANYA DI JEPUN ! TIADA DI NEGARA LAIN"