500 PEKERJA CHINA MASUK ISLAM SELEPAS SAKSIKAN PENGEBUMIAN RAJA ABDULLAH
Subhanallah... Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah disulami dengan perkhabaran gembira buat Umat Islam apabila 500 pekerja China di Arab Saudi memeluk Islam.
Kesederhanaan yang ditonjolkan ketika pengebumian Raja Abdullah Abdul Aziz pada baru-baru ini telah berjaya menarik kira-kira 500 orang pekerja warga China di negara Arab Saudi untuk memeluk islam. Terdetik di hati-hati mereka selepas menyaksikan pengebumian Raja Abdullah, untuk kembali ke arah kebenaran dengan memeluk dan mendalami ajaran Islam.
Pengislaman kesemua 500 pekerja warga China itu, disaksikan dalam rakaman video yang dikongikan oleh sebuah akbar Arab Saudi. Secara beramai-ramai mereka mengucap dua kalimah shahadah dengan dibimbing oleh seorang lelaki warga tempatan dalam satu majlis ringkas.
Mereka berkumpul berhampiran pejabat syarikat tempat mereka bekerja di timur bandar Jubail sebelum melafazkan dua kalimah syahadah bagi memeluk Islam secara beramai-ramai.
Pemakaman Raja Abdullah sejajar dengan ajaran Islam, jenazah Abdullah akan dikapan dengan kain putih, dibawa menggunakan pengusung ke dalam ambulans oleh saudara mara seterusnya dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan untuk dimakam dalam kubur tidak bertanda.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "500 Pekerja China Masuk Islam Selepas Saksikan Pengebumian Raja Abdullah"