![]() |
Keadaan Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin dulu dan sekarang. |
Masyarakat Malaysia khususnya peminat peminat seni tanahair sudah lama tidak dengaran perkhabaran terkini Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin. Namun bagaimanapun, keadaan terkini Tan Sri Jins Shamsuddin dipaparkan menerusi sekeping gambar di sebuah laman blog.
Keadaan Tan Sri Jins Shamsuddin dikelihatan sungguh meruntum jiwa apabila dia berada dalam uzur dengan susuk badan yang sangat kurus. Beliau kini menderita penyakit Alzheimer sejak empat tahun lalu.
Gambar Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin Kini Kurus Uzur
![]() |
Keadaan Tan Sri Jins Shamsuddin yang uzur dan kurus |
Namun, mengapakah keadaan beliau yang dilihat perbezaan begitu mendadak tidak mendapat liputan oleh pihak media? Berapa lamakah tidak memaparkan perkhabarannya? Sedangkan Tan Sri Jins Shamsuddin adalah orang penting dan berpengaruh dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum ini.
Menurut isterinya Puan Sri Halijah Abdullah, 54, “ suaminya itu kini sukar mengingati perkara lalu tetapi tidak pernah berhenti memikirkan soal pekerjaannya.
“Dia sudah tidak ingat orang, kadangkala dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenali. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin memburuk.
“Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin kembali ke FINAS, jika bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya,” ujar Halijah.
Tan Sri Jins Shamsuddin yang terkenal dengan watak sebagai hero dalam filem 'Bukit Kepong' kini berusia 80 tahun. Sebaiknya, media-media dan pihak persatuan artis perlulah memberi perhatian dan mengambil kira soal kebajikan Tan Sri Jins Shamsuddin yang dilihat semakin uzur itu. Pengorbanan dan sumbangannya dalam industri seni tanah air tidak terkira nilai.
Sama-samalah kita doakan kesihatan Tan Sri Jins Shamsuddin kembali pulih.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "KEADAAN TERKINI TAN SRI JINS SHAMSUDDIN YANG KURUS UZUR"