Dikuasakan oleh Blogger.

FAKTA MENGENAI JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - ZERO

ZERO-Juara maharaja lawak mega 2014

FAKTA MENGENAI JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - ZERO

Penentuan siapakah Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bagi musim kelapan sudah pun diketahui. Kumpulan ZERO diumumkan juara Maharaja Lawak Mega 2014 pada pentas akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Ini adalah pencapaian sulung buat kumpulan Zero sejak mereka menyertai rancangan realiti lawak terbitan Astro ini pada tahun 2012.

From Zero to Hero. Kejayaan ini juga boleh dianggap dramatik kerana Zero yang dulunya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas usaha keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Jika dilihat jenaka yang mereka tonjolkan di atas pentas Maharaja Lawak Mega, mereka seakan hanya melalui perkara baik-baik dan gembira sahaja. Tetapi hakikatnya mereka sedang berjuang untuk keluar daripada zon ZERO (kekurangan) kepada zon selesa yang melawan arus kebiasaan mereka. Disebalik gelak tawa penonton, tersembunyinya kesusahan dan kesempitan buat mereka. Berikut adalah fakta mengenai kumpulan ZERO yang merangkap Juara Maharaja Lawak Mega 2014 yang ramai tidak ketahui..

1. Kumpulan Zero terdiri daripada tiga beradik iaitu, Saiful, Kadir, Kunal.

2. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul dari Sabah.

3. Mereka sudah tiada bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini.

4. Arwah bapa mereka cacat penglihatan, namun dapat membesarkan mereka. Ia sekaligus mencipta azam dan membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga.

5. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar.

6. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka

7. Mereka bukan sahaja mahir silat, tetapi juga handal melakukan aksi akrobatik.

Saiful Zero
Saiful ZERO
8. Syaiful (anak sulung) berhenti belajar ketika Tingkatan Satu bagi membantu menyara kehidupan keluarga.

11. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan Februari ini.

9. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik.

10. Nama kumpulan 'ZERO' itu diambil bagi mencerminkan kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong

12. Mereka mahu gunakan wang kemenangan itu (RM500K) untuk membawa orang tua mereka menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, membetulkan rumah dan sebagai persiapan perkahwinan Melati.

Pantang undur kecuali operasi. Moga ianya menjadi satu motivasi dan pencetus semangat untuk mengejar impian buat anda semua..
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "FAKTA MENGENAI JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - ZERO"

Back To Top