Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA INGGERIS 5 JANUARI 2015


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA FA INGGERIS - 5 JANUARI 2015

Perlawanan bola sepak kejuaraan Piala FA Inggeris 2014-2015 untuk kemaraan ke pusingan keempat. Arsenal layak ke pusingan seterusnya selapas menang ke atas Hull City dengan keputusan 2-0.

Arsenal berjaya meledakkan gawang gol Hull City pada minit ke-20 menerusi sepakan penjuru yang ditanduk masuk oleh Mertesacker. Seterusnya pada minit ke-80 permainan, Alexis Sanchez pula menjaringkan gol kedua untuk meletakkan Arsenal dihadapan.

Manakala pada perlawanan lain, Chelsea berjaya menundukkan Watford dengan keputusan 3-0 untuk turut mara ke pusingan keempat kejuaraan ini. Kejayaan bergaya itu, dimulai dengan jaringan pertama pada babak kedua permainan menerusi Willian. Selepas itu, Loic Remy dan Kurt Zouma pula menjaringkan gol seterusnya.

Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Piala FA (FA Cup) Inggeris musim 2014-2015 yang berlangsung semalam;

● Arsenal 2 - 0 Hull City

● Chelsea 3 - 0 Watford

● Manchester United 2 - 0 Yeovil Town

● Southampton 1 - 1 Ipswich Town

● Stoke City 3 - 1 Wrexham

● Manchester City 2 - 1 Sheffield Wednesday

● Aston Villa 1 - 0 Blackpool

● Crystal Palace 4 - 0 Dover Athletic

● Sunderland 1 - 0 Leeds United

● Queens Park Rangers 0 - 3 Sheffield United
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH PIALA FA INGGERIS 5 JANUARI 2015"

Back To Top