Dikuasakan oleh Blogger.

POTONG GAJI PENJAWAT AWAM UNTUK BANTUAN BANJIR


POTONG GAJI PENJAWAT AWAM UNTUK BANTUAN BANJIR

" Potong Gaji Penjawat Awam untuk bagi bantuan kepada mangsa banjir". Itulah cadangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan.  agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Menurut presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, cadangan itu akan diajukan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat.

" Potongan gaji penjawat awam ini adalah dengan kadar yang munasabah. Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi jika lebih lagi baik," katanya.

Pihak Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah peluang yang sesuai dalam mengumpul dana bagi meringankan beban ditanggung mangsa banjir.

Cuepacs juga meminta kerjasama daripada kerajaan untuk menyediakan peruntukan khas bagi membeli kelengkapan kepada pelajar yang terlibat dengan banjir.

"Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis dihanyut air banjir," katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan.

mStar Online
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "POTONG GAJI PENJAWAT AWAM UNTUK BANTUAN BANJIR"

Back To Top