Dikuasakan oleh Blogger.

HAIRUL AZREEN BERI PENJELASAN ISU LAMARAN HANIS ZALIKHA


HAIRUL AZREEN BERI PENJELASAN ISU LAMARAN HANIS ZALIKHA

Hairul Azreen dikritik selepas melamar blogger terkenal dan aktress cantik, Hanis Zalikha di hapadan khalayak ramai. Lamaran itu telah disaksikan oleh ribuan penonton di seluruh Malaysia ketika final Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam.

Antara kritikan yang dilontarkan adalah, mengapa harus melamar di khalayak ramai? Adakah untuk mengejar populariti semata-mata? Selain, ada yang mengatakan ia tidak sesuai kerana lamaran itu mengikut budaya barat dengan mengetepikan adat dan budaya sendiri.

Namun, ada juga peminat yang mempertahankan tindakan Hairul selain mendoakan kebahagiaan untuknya.


Ekoran itu, Hairul Azreen tampil memberikan penjelasan bagi menepis kritikan daripada pengguna media sosial khususnya di facebook. Ketika ditemui media, dia berkata lamaran itu telah dirancang teratur oleh pihak Astro dan Keluarga Hanis Zalikha sendiri. Bagaimanapun, perancangan ini tidak diketahui Hanis sendiri.

" Saya memang bercadang untuk melamar Hanis. Namun, tidak menyangka dilakukan di atas pentas sambil diperhatikan ramai. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena, namun ini adalah kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku ketika program realiti Gegar Vaganza akhir.

"Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua mengenai status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan rapat.

"InsyaAllah, perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga," katanya.

Lamarannya itu telah diterima oleh Hanis Zalikha dengan berkata: "InsyaAllah ok saya terima".
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "HAIRUL AZREEN BERI PENJELASAN ISU LAMARAN HANIS ZALIKHA"

Back To Top