Dikuasakan oleh Blogger.

CARA PERMOHONAN BR1M 4.0 BAGI TAHUN 2015

CARA PERMOHONAN BR1M 4.0 BAGI TAHUN 2015



PERMOHONAN BR1M 4.0 TAHUN 2015 ;

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato'Seri Mohd Najib Razak, masih meneruskan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 4.0) bagi tahun 2015.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 4.0) diteruskan selepas Dato' Seri Najib mengumumkan peruntukkannya dalam bajet 2015 yang dibentangkan baru-baru ini.

Dalam pembentangan bajet bagi tahun 2015 pada Oktober lalu itu, Dato' Seri Najib juga telah mengatakan kadar kenaikan BR1M sesi 4.0 untuk tahun 2015.

Dengan kadar kenaikan itu, rakyat yang layak menerimanya mampu menikmatinya, dalam meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat ini.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 atau BR1M 4.0 ini sudah empat kali dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Jesteru, bagi yang layak menerima bantuan ini, bolehlah rujuk informasi yang dipaparkan dibawah untuk mengetahui bagaimana cara permohonan BR1M 4.0 bagi sesi tahun 2015 ini.

Syarat-syarat kelayakan penerima BR1M 4.0 Tahun 2015 adalah seperi berikut ;

             • Warganegara Malaysia
             • Berusia 21 tahun ke atas
             • Gaji bulanan RM4,000 ke bawah
             • Bagi individu bujang yang bekerja adalah dengan pendapatan RM2,000 kebawah.

BR1M 4.0 Tahun 2015
BR1M 4.0 ini terbahagi kepada 2 katogeri iaitu Isi Rumah dan Individu (bujang) serta dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut nilai yang diperolehi. Lihat gambar di atas.

Pengagihan pembayaran adalah secara berperingkat dan seperti berikut ;

☛| Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah:

              ✔ Dibayar sebanyak RM300 pada Januari dan Mei 2015
              ✔ Dibayar sebanyak RM350 pada September 2015
              ✔ Jumlah keseluruhan sebanyak RM950.

☛| Isi rumah berpendapatan RM4,000 - RM3,000:

              ✔ Dibayar sebanyak RM200 pada Januari dan Mei 2015
              ✔ Dibayar sebanyak RM350 pada September 2015
              ✔ Jumlah keseluruhan sebanyak RM750.

☛| Individu Bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah:

              ✔ Dibayar sekali gus dengan nilai RM350 pada Januari 2015.
                  * Pelajar IPT akan menerima bantuan baucer buku.

CARA PERMOHONAN BR1M 4.0 TAHUN 2015 :

Pemohon yang layak boleh mengisi borang secara online atau manual yang akan dibuka mulai pada 1 Disember hingga 31 Disember 2014.

     ☛| Melalui Online ;-
           
           https://ebr1m.hasil.gov.my/
          • http://www.hasil.gov.my/
          • http://www.treasury.gov.my/

     ☛| Secara Manual dapatkan borang di ;-

          • Jabatan Pembangunan Persekutuan.
          • Jabatan Kebajikan Masyarakat.
          • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
          • Pejabat Daerah.
          • Jabatan Penerangan dan lain-lain agensi kerajaan.

Namun, bagi penerima BR1M yang sebelum ini, disyorkan untuk mengemaskini status maklumat mereka bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan dan keciciran ketika proses penyaluran bantuan tersebut.
     
Contoh surat arahan untuk mengemaskini semula maklumat bagi penerima BR1M sebelum ini.

           * Pembayaran akan dibuat menerusi bank bagi penerima yang memiliki akaun bank.

Untuk bantuan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Khas Hotline BR1M :
   ☛| 1-800-88-2716 atau 03-88824655.

Infokini.my
Tag : Info
0 Komentar untuk "CARA PERMOHONAN BR1M 4.0 BAGI TAHUN 2015"

Back To Top