Dikuasakan oleh Blogger.

DAVID BECKHAM MEMPERSOAL TINDAKAN RAKYAT MALAYSIA

DAVID BECKHAM MEMPERSOAL TINDAKAN RAKYAT MALAYSIA



David Beckham telah diberitakan berada di Malaysia ketika ini. Dia tiba di Malaysia pada siang hari tadi adalah bagi menghadiri satu pelancaran atau perasmian antara kerjasamanya bersama Dato' Jimmy Choo, seorang koperat terkenal dunia.

Kelibatnya kelihatan di sebuah pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur ketika beliau hadir ke gedung jam mewah terkenal dunia, Breitling. Sebelum ini, Beckham telah melawat Hong Kong dan Vietnam sebelum tiba di Malaysia.

Para peminat berasa kagum dan teruja apabila terserempak dengan Beckham lalu sempat merakam gambarnya ketika di Pavilion.

Namun, apa yang menyedihkan adalah satu posing Beckham di laman sosial facebook yang mempersoalkan tingkah laku seorang rakyat Malaysia.

Beckham  berkata," Semua peminat saya mengambil gambar saya, namun tidak pasti cara ini adalah paling selamat".

Tindakan seorang wanita warga Malaysia dilihat sedang mengambil gambar ketika menunggang motosikal bersama seorang kanak-kanak kecil. Kanak-kanak kecil itu diletakkan dicelah kangkang wanita berkenaan. Ia menimbulkan suasana merbahaya buat anak kecil itu.


Menerusi posing itu, banyak kritikan dilemparkan oleh peminat Beckham seluruh dunia di ruangan komen laman sosial berkenaan.

Bagi kami tindakan wanita itu amat memalukan buat seluruh rakyat Malaysia. Seharusnya keselamatan yang patut diutamakan berbanding perasaan terujanya menemui orang terkenal.

* UPDATE TERKINI*

PERHATIAN : Kami tersilap sumber. Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia. Tetapi ianya berlaku di Vietnam ketika David Beckham berada di sana. Harap maklum dan salam maaf dari kami.

Sumber benar : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2838763/Is-dangerous-fan-photo-David-Beckham-snaps-woman-taking-picture-Vietnam-shes-riding-motorbike-BABY-lap.html

Infokini.my
Tag : Semasa
2 Komentar untuk "DAVID BECKHAM MEMPERSOAL TINDAKAN RAKYAT MALAYSIA"

admin, tolong betulkan fakta.. jangan nak cari publisiti murahan sgt

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2838763/Is-dangerous-fan-photo-David-Beckham-snaps-woman-taking-picture-Vietnam-shes-riding-motorbike-BABY-lap.html

Oh ! Maafkan kami. Kami tersilap sumber.. Terima kasih atas pemberitahuan ini

Back To Top