Dikuasakan oleh Blogger.

SEMAKAN PLKN 2015 ONLINE DAN SMS

SEMAKAN PLKN 2015 ONLINE DAN SMS



Semakan bagi pelajar lepasan SPM 2014 yang lahir pada tahun 1997 yang dipilih untuk menyertai Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015.

Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2015 ini sudah boleh membuat semakan melalui online atau menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) selepas ia dibuka sejak bulan Ogos lalu.

Untuk semakan secara Online boleh dibuat dengan mengklik pautan ini ➨➨ SEMAKAN PELATIH TERPILIH.

Manakala bagi yang ingin membuat semakan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) boleh ikuti langkah dibawah;

☛| Taip : PLKN [jarak] SEMAK [jarak] No. Kad Pengenalan, dan hantar ke 15888.

Penyemak juga boleh terus ke laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di
➨➨ http://www.khidmatnegara.gov.my/

Sehubungan dengan itu, Pelatih yang dipilih untuk menyertai program ini juga harus menyemak penempatan mereka. Boleh semak ke pautan ini ➨➨ http://apps1.khidmatnegara.gov.my/penempatan

Atau juga boleh dibuat menerusi SMS dengan menaip : PLKN KEM [jarak] No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Berikut adalah tarikh dan tempoh kemasukan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan;

            Kumpulan pertama   ☛| 6 Disember 2014 hingga 4 Februari 2015.
            Kumpulan kedua      ☛| Bermula 14 Mac hingga 6 Jun 2015.
            Kumpulan ketiga      ☛| Bermula pada 8 Ogos hingga 31 Oktober 2015.
         
            * Sebarang perubahan tertakluk dari semasa ke semasa.

Infokini.my
Tag : Info
0 Komentar untuk "SEMAKAN PLKN 2015 ONLINE DAN SMS"

Back To Top