Dikuasakan oleh Blogger.

SENARAI PEMAIN MALAYSIA UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014

SENARAI PEMAIN MALAYSIA UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014

Piala AFF Suzuki 2014
SENARAI PEMAIN MALAYSIA UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014 ;

Dollah Salleh selaku jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, kini telah menyenarai penuh senarai pemain malaysia untuk Piala AFF Suzuki 2014. Seramai 22 orang pemain telah dipilih untuk beraksi pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2014.

Pengumuman skuad Harimau Malaya untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 ini, dibuat selepas tamatnya 5 siri perlawanan persahabatan antarabangsa. Dan daripada 5 perlawanan itu, hanya 1 perlawanan sahaja yang berjaya dimenangi oleh pasukan Malaysia.

Berdasarkan perlawanan persahabatan pada tempoh hari, prestasi yang ditunjukkan oleh skuad kebangsaan sangat membimbangkan apabila tewas 3-1 ke atas Vietnam. Pada perlawanan itu, kelemahan dipamerkan pada bahagian serangan dengan gandingan Mat Yo dan Amri Yahya apabila gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.

Justeru, dengan pengumuman senarai pemain ini, timbulnya rasa ketidakpuasan hati daripada peminat setia bola sepak Malaysia. Mereka merasakan pemain yang sepatutnya layak, tidak disenaraikan dalam skuad ini.

Berikut senarai pemain Malaysia yang akan beraksi pada Piala AFF Suzuki 2014 dibawah pemilihan Dollah Salleh.


Antara pemain yang digugurkan daripada beraksi pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 ;

•  R. Gopinathan ( Cedera )
•  Aidil Zafuan ( Cedera )
•  Wan Zaharulnizam ( Tiada pengalaman ) 

Pertahanan utama negara, Aidil Zafuan sekali lagi diketepikan dalam skuad Harimau Malaya apabila mengalami kecederaan lutut. Pada edisi lalu juga tidak dapat beraksi kerana mengalami nasib yang sama.


Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 ini, menampilkan saingan daripada sebelas pasukan dan akan bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014.

Vietnam dan Singapura menjadi tuan rumah pada kejohanan ini. Perlawanan pertama Malaysia dijadualkan menentang Myanmar pada 23 November ini bagi kumpulan B.

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "SENARAI PEMAIN MALAYSIA UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014"

Back To Top