Dikuasakan oleh Blogger.

LOMBONG ARANG BATU MELETUP DI SARAWAK, 3 MAUT,14 CEDERA

LOMBONG ARANG BATU MELETUP DI SARAWAK, 3 MAUT,14 CEDERA


Satu letupan telah berlaku di lombong arang batu di Pantu Sri Aman Kuching, Sarawak pagi tadi. Letupan itu telah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan 14 cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.20 pagi, dan pasukan operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira jam 11.32 pagi.

Farhan Sufyan Borhan, selaku Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata,satu jentera penyelamat bersama enam anggota dari Balai Bomba Sri Aman telah bergegas segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, tiga maut di lokasi kejadian dan mayat mereka telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. Manakala 14 yang cedera dalam letupan itu dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan.


Menurut sumber, 29 orang pekerja yang berada di dalam lombong arang batu berkenaan segera keluar menyelamatkan diri sambil turut membantu rakan sekerjanya yang mengalami kecederaan yang serius. Namun, dalam letupan itu, tiada pekerja yang terperangkap.

Punca letupan itu bermulanya daripada percikan api kipas angin yang rosak, lalu mengakibatkan kebakaran gas dalam lombong yang kedalamannya kira-kira 69 meter.

Ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai warganegara Korea Utara, Indonesia dan Myanmar. Namun, maklumat lanjut mengenai mereka masih belum diperolehi.

Lombong arang batu itu, beroperasi bermula dari tahun 2013 dengan tenaga kerja seramai 119 orang yang melibatkan pekerja dari Indonesia, Bangladesh, China, Korea Utara dan Myanmar.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "LOMBONG ARANG BATU MELETUP DI SARAWAK, 3 MAUT,14 CEDERA"

Back To Top