Dikuasakan oleh Blogger.

OPERASI GEMPUR CAMERON HIGHLAND PADA WAKTU MALAM

OPERASI GEMPUR CAMERON HIGHLAND PADA WAKTU MALAM


Gambar Hiasan
Pihak Polis (PDRM) dan Tentera (ATM) telah bekerjasama untuk menggempur pada waktu malam terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highland.

Gerakkan ini diambil selepas perbincangan perdana menteri, Dato' Seri Najib bersama Sultan Pahang, berikutan laporan mengenai kegiatan penerokaan haram kerap dijalankan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Cameron Highland.

Perdana Menteri ketika perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) berkata,
" Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar anggota masing-masing pada waktu malam di Cameron Highland. Kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh. Jika ada kegiatan yang menyalahi undang-undang, kita akan ambil tindakan.
Tambahnya lagi, kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri ini, membolehkan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan dalam membendung kebanjiran PATI di tanah tinggi itu.


Operasi untuk menggempur kegiatan penerokaan haram pada waktu malam ini diambil selepas kejadian banjir lumpur serta tanah runtuh di Cameron Highland pada 5 November lalu akibat kegiatan itu,

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "OPERASI GEMPUR CAMERON HIGHLAND PADA WAKTU MALAM"

Back To Top