Dikuasakan oleh Blogger.

FORMULA E PROMOSIKAN MALAYSIA KEPADA DUNIA

FORMULA E PROMOSIKAN MALAYSIA KEPADA DUNIA


Penganjuran Kejohanan FIA Formula E yang diadakan di Putrajaya Malaysia hari ini mampu untuk mempromosikan malaysia di persada dunia bagi eko pelancongan negara, kata Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib.

Beliau juga mahu sukan bermoto kuasa eletrik ini terus diadakan di Malaysia dan menyifatkan penganjuran yang pertama kejohanan Formula E ini sebagai amat berjaya berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelumba dan peminat dari luar mahupun dalam negara,


Kejohanan Formula E ini mendapat sambutan yang memuaskan apabila kira-kira 91,000 rakyat Malaysia dan luar negara hadir untuk menyaksikannya.

Kejohanan berprestif antarabangsa itu mendapat liputan daripada 120 stesen televisyen dari seluruh dunia. Ini secara tidak lansung telah mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Perlumbaan Formula E ini diadakan di 10 litar jalanan di bandar raya utama seluruh dunia yang melibatkan jentera kuasa eletrik sepenuhnya.

Penggunaan litar jalanan di Putrajaya ini sepanjang 2.56 kilometer adalah velue kedua perlumbaan selepas Beijing pada 13 September lepas.

Dalam kejohanan Formula E ini, sebanyak 10 pasukan bertaraf antarabangsa melibatkan 20 peserta bersaing untuk merebut kejuaraan.


Trofi kejuaraan menjadi milik Sam Bird dari Britain selaku juara pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E 2014/2015.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "FORMULA E PROMOSIKAN MALAYSIA KEPADA DUNIA"

Back To Top