Dikuasakan oleh Blogger.

FILEM JOKOWI DITUNDA KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK

FILEM JOKOWI DITUNDA KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK


Akibat kenaikan harga minyak di Indonesia tempoh hari, filem berjudul ' Jokowi Adalah Kita ' yang menceritakan kehidupan Presiden Barunya Joko Widodo atau Jokowi ditunda tayangannya.

Filem ' Jokowi Adalah Kita ' mengisahkan perjuangan Jokowi sepanjang kariernya sebagai Gabenor Jakarta sebelum memenangi pilihan raya Presiden pada Julai lalu. Tayangan filem ini dijadualkan pada 20 November 2014.

Keputusan penundaan itu dibuat oleh penerbitnya iaitu K2K Production atas cadangan oleh penyokong Jokowi, BARA JP, berikutan situasi yang tidak sesuai.

Kenaikan harga bahan api di negara itu, telah mengakibatkan situasi politik tegang dan panas. Malah, turut menimbulkan keganasan oleh pihak yang tidak berpuas hati di sesetengah tempat.

Langkah penundaan dianggap drastik bagi mengelakkan pemulauan terhadap filem itu. Ia kerana filem ' Jokowi Adalah Kita ' membawa mesej yang positif.

Jokowi mula bertugas sebagai Presiden Indonesia sejak 24 Oktober lalu untuk lima tahun selepas memenangi Presiden baru-baru ini.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "FILEM JOKOWI DITUNDA KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK"

Back To Top