Dikuasakan oleh Blogger.

AMRAN FANS KEMBALI SELEPAS TIGA KALI DITUTUP FACEBOOK

AMRAN FANS KEMBALI SELEPAS TIGA KALI DITUTUP FACEBOOK



Facebook Fanpage Amran Fans kini kembali dibuka selepas dua kali ditutup oleh pihak pengurusan Facebook. Ini merupakan kali ketiga penerbitan fanpage Amran Fans. Walaupun sudah beberapa kali disekat dan ditutup oleh Facebook, itu sama sekali tidak melemahkan usaha Amran untuk terus mencipta fenomena dan pengaruhnya di media sosial Facebook.

Sebelum ini, Amran pernah mencipta nama apabila masuk dalam portal berita Astro Awani berikutan penutupan Fanpage pertamanya. Penutupannya oleh pihak Facebook adalah kerana segelintir orang awam yang dianggap anti- Amran Fans telah membuat aduan negatif yang melanggar terma dan syarat kepada Facebook. Amran juga telah meluaskan empayarnya apabila membuka akaun Instagram dengan pengikut seramai 62 ribu .

Pengaruh Amran di media sosial Facebook benar-benar kuat apabila Fanpage terkini yang dibuka olehnya sejak lima hari lalu telah berjaya mencatatkan 32 ribu likers setakat ini.

https://www.facebook.com/pages/Amran-Fans/1518025661782596


Tag : Semasa
0 Komentar untuk "AMRAN FANS KEMBALI SELEPAS TIGA KALI DITUTUP FACEBOOK"

Back To Top