Dikuasakan oleh Blogger.

SHAH RUKH KHAN DAPAT ZAKAT

SHAH RUKH KHAN DAPAT ZAKAT

Gambar sekadar hiasan
Semalam, Lembaga Tabung Haji Negeri Sembilan telah menyampaikan bantuan zakat melalui projek Iqra 2014 peringkat Negeri itu di Auditorium Pejabat Tanah kepada 248 orang pelajar sekolah.

Antara penerima bantuan zakat itu, adalah seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad yang bernama Shah Rukh Khan, sama dengan nama bintang popular Bollywood.

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan berkata, dengan bantuan zakat yang diterimanya itu, sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan ibu bapanya. Anak kesembilan daripada 10 beradik itu, juga melahirkan rasa syukur kerana namanya tersenarai untuk menerima bantuan zakat sebagai persediaan keperluan sekolah pada sesi tahun hadapan.

Apabila ditanya mengenai namanya, Shah Rukh Khan berkata nama ini diberikan oleh ibunya kerana sangat gemari filem Hindi. Dia juga berkata, " walaupun nama saya sama dengan bintang Bollywood, saya tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon.

Jumlah keseluruhan bantuan zakat itu, adalah sebanyak RM124,000 dan diagihkan sebanyak RM500 setiap penerima yang berupa wang tunai dan kelengkapan sekolah.

Kami berharap, 12 tahun akan datang nama pitbull pula kedengaran seperti ini. Dengan berita pelajar mendapat 5A dalam UPSR.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "SHAH RUKH KHAN DAPAT ZAKAT"

Back To Top