Dikuasakan oleh Blogger.

BARCELONA TEWASKAN AJAX 3-1

BARCELONA TEWASKAN AJAX 3-1


BARCELONA FC berjaya menunjukkan kebolehan mereka untuk memenangi perlawanan di gelanggang sendiri apabila mudah menewaskan Ajax 3-1 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah di Nou Camp awal pagi Rabu tadi.

Kejayaan Barcelona itu adalah hasil sumbangan bintang mereka, iaitu Messi dan Neymar yang menjadi nadi buat Barca. Pada aksi perlawanan itu, Barcelona mendahului Ajax apabila Neymar berjaya menjaringkan gol seawal minit kelapan permainan.

Walaupun gol tersebut meningkatkan moral pemain tuan rumah, namun Ajax sebagai juara liga Belanda turut tidak henti memberi tekanan dan mencari jaringan penyamaan.

Malangnya, gandingan Neymer dan Lionel Messi di bahagian serangan bagaikan sukar disekat apabila bintang Argentina itu berjaya menggandakan gol Barcelona pada minit ke-24.

Kedudukan 2-0 yang berlarutan sehingga minit ke-87 memberi gambaran kepada penyokong bahawa mereka telah mendapat keputusan penuh perlawanan tersebut, apatah lagi kedua-dua penyerang utama Barcelona iaitu Neymar dan Messi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ajax akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh gol tunggal menerusi jaringan El Ghazi pada minit ke-88.

Belum cukup dengan jaringan itu, Barcelona kembali menunjukkan kekuatan mereka apabila pemain gantian, Sandro Ramirez meledak gol menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-90. - mStar -

Infokini.my
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "BARCELONA TEWASKAN AJAX 3-1"

Back To Top