Dikuasakan oleh Blogger.

BAYERN MUNICH PESTA GOL BENAM AS ROMA 7-1

BAYERN MUNICH PESTA GOL BENAM AS ROMA 7-1



Dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah awal rabu tadi, Bayern Munich sekali lagi berpesta gol apabila berjaya menewaskan AS Roma 7-1. AS Roma diaibkan bayern di laman sendiri dengan kekalahan teruk di depan ribuan penyokongnya. Dengan kemenangan besar itu Bayern masih mempertahankan tanpa kalah pada aksi peringkat Kumpulan E, Liga Juara-Juara Eropah.

Pada babak pertama perlawanan Bayern sudah berpesta gol dengan 5-0 menerusi jaringan Arjen Robben (dua gol), Mario Goetze, Robert Lewandowski dan jaringan penalti oleh Thomas Mueller, pada minit ke-36.

Memasuki babak kedua perlawanan, AS Roma menjaringkan gol tunggal mereka, pada minit ke-66 apabila Gervinho menanduk masuk bola ke gawang gol Bayern mengalahkan Neuer.

Namun, jaringan bukan hanya diraih setakat itu sahaja, apabila Bayern menambah lagi 2 gol menerusi Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri bagi melengkapkan gol keenam dan ketujuh pasukan kendalian Pep Guardiola itu.

Kemenangan besar itu, Bayern dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk menambah koleksi trofi keenam mereka pada aksi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Bayern kini menduduki kedudukan teratas Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Pasukan kendalian  Pep Guardiola itu, hanya perlu melakar kemenangan di tempat sendiri ketika bertemu Roma pada aksi timbal balik yang akan diadakan di Allianz Arena, 5 November depan untuk mara ke peringkat kalah mati.

Roma pula berada di tempat kedua Kumpulan E dengan mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan, mengatasi Manchester City yang kini menduduki tempat ketiga.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "BAYERN MUNICH PESTA GOL BENAM AS ROMA 7-1"

Back To Top