Dikuasakan oleh Blogger.

MENANG PIALA MALAYSIA 2014, PAHANG CUTI ISNIN INI

MENANG PIALA MALAYSIA 2014 PAHANG CUTI ISNIN INI


Rakyat pahang bakal menikmati cuti selepas kejayaan Pasukan bola sepak Pahang yang berjaya dinobatkan Juara Piala Malaysia 2014, kerajaan negeri Pahang telah mengistiharkan Cuti Isnin ini (3 November 2014) sebagai Cuti peristiwa. Pahang berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Bukit Jalil semalam.

Kejayaan Pahang merangkul Juara adalah menerusi sepakan penalti yang menyaksikan jaringan 5-3 dengan JDT. Dek kerana kedudukan masih kekal 2-2 selepas tamat tempoh perlawanan yang membabitkan aksi pada minit tambahan.

Pembelian cuti pada Isnin ini, menunjukkan bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukanlah perkara yang boleh diraih setiap tahun. Ini adalah suatu yang amat bermakna buat seluruh rakyat Pahang.

Sementara itu, semua pengawai, guru dan pihak yang terlibat dengan Peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula pada 3 November ini harus meneruskan tugas dan tanggungjawab mereka seperti biasa. Semua calon SPM 2014 wajib mendudukinya.

Berikut adalah ucapan Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "MENANG PIALA MALAYSIA 2014, PAHANG CUTI ISNIN INI"

Back To Top