Dikuasakan oleh Blogger.

AKHIRNYA... BUDAK SINGLET HITAM BULI DI ASRAMA DITANGKAP

AKHIRNYA... BUDAK SINGLET HITAM BULI DI ASRAMA DITANGKAP



Wajah-wajah kumpulan budak singlet hitam, kaki buli di asrama ( Berbaju Liverpool ialah budak singlet hitam )
Akhirnya... kumpulan kaki buli dan budak singlet hitam di asrama ditangkap. Lihatlah gambar yang ditampilkan di atas, itulah wajah-wajah kaki buli yang melakukan jenayah ragging di sebuah asrama.

Aksi jenayah ragging ala ' Tony Jaa' nya itu dikesan berikutan penyebaran video buli itu di laman sosial terutamanya facebook yang menjadi viral.

Tindakkan ganasnya itu yang membuli beberapa orang pelajar lain di sebuah asrama mendapat perhatian ramai pihak. Mereka bertindak ganas ke atas beberapa pelajar lain dengan menyepak dan membelasah mangsa tanpa belas kasihan.


Video yang dirakam menerusi telefon bimbit dengan berdurasi 4 minit 36 saat itu, menunjukkan aksi sembilan orang pelajar beratur di dalam bilik asrama lalu tidak semena-menanya dibadai oleh sekumpulan pelajar singlet hitam.

Ramai pihak berang dengan tindakkan itu dan rata-rata pengguna laman sosial facebook meminta pihak polis menyiasat dan menangkap segera sekumpulan buli itu terutamanya budak singlet hitam.

Budak singlet hitam amat dikehendaki pihak polis. Sementara itu, pihak polis memohon pelajar, ibubapa mangsa untuk tampil membuat laporan bagi dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelaku buli itu.

Hasil kecekapan pihak polis akhirnya membuahkan hasil yang positif selepas pihak polis berjaya menangkap kumpulan buli tersebut.

Namun, dari asrama sekolah mana berlakunya kes buli ini masih belum diketahui. Sebelum ini, pihak polis menafikan tuduhan palsu yang mengatakan kes buli itu berlaku di Asrama Sekolah Maktab Mahmud Padang Terap Kedah.

                         _______________________________________________________

UPDATE TERKINI (PEMBETULAN)

Gambar di atas yang didakwa budak singlet hitam yang membuli sekumpulan pelajar di sebuah asrama adalah PASLU ! Kami memohon maaf di atas kesilapan ini. Diharap kepada semua pembaca bertenang.

Status yang diambil dari facebook Amran Fans
Hasil dari siasatan kami, penyebaran gambar itu adalah bermula dari sebuah page di facebook iaitu Amran Fans. Adminnya sendiri mengakui bahawa gambar itu adalah palsu. Gambar ini adalah berlaku dalam sebuah Kes di Tawau Sabah.


Setakat ini pihak polis masih belum mengeluarkan statement rasminya berhubung kes buli di asrama ini. Pihak polis kini dalam siasatan mengesan lokasi berlakunya kejadian buli ini. Orang ramai diharap bersabar menanti kenyataan dari pihak polis dalam usaha memberkas budak singlet hitam.

Diharap tiada lagi penyebaran palsu sedemikian.

(Abaikan statement di atas dan ambil untuk pembetulan)

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "AKHIRNYA... BUDAK SINGLET HITAM BULI DI ASRAMA DITANGKAP"

Back To Top