Dikuasakan oleh Blogger.

SATELIT INDIA BERJAYA MENGELILINGI PLANET MARIKH

SATELIT INDIA BERJAYA MENGELILINGI PLANET MARIKH


NEW DELHI: India telah berjaya mencipta sejarah dan rekod apabila berjaya dalam misi menghantar satelitnya ke planet Marikh dengan mengelilingi orbit Planet Merah itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, "India berjaya sampai ke Marikh. Tahniah kepada semua, kepada seluruh negara. Sejarah ditempa hari ini," katanya dari Pusat Kawalan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India, di selatan India.

Satelit Mangalyaan tiba di orbit Planet Marikh pada awl hari Rabu dengan tempoh berjalanan 10 bulan dari Bumi.


Mangalyaan dengan enjin 24 minit membakar perlahan ke bawah, cukup untuk membolehkan ia ditangkap oleh graviti Marikh. Kini ia mula mengambil gambar Planet Merah itu serta mengkaji atmosfera dengan mengesan metana di udara Planet Marikh. Dengan jumlah kos mencecah 4.5Bn Rupee ( $ 74m ) menjadikan ia satu misi angkasa termurah.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "SATELIT INDIA BERJAYA MENGELILINGI PLANET MARIKH"

Back To Top