KEPUTUSAN PENUH PRK PENGKALAN KUBOR [ 25 SEPTEMBER 2014 ]
Keputusan penuh Pilihanraya Kecil ( PRK ) DUN Pengkalan Kubor Kelantan pada 25 September 2014. PRK Pengkalan Kubor pada khamis menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan 3 calon iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS), Mat Razi Mat Ail (Barisan Nasional), dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS).
Pilihan Raya Kecil ( PRK) Pengkalan Kubor diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN itu berikutan kematian penyandangnya, Noor Zahidi daripada Barisan Nasional ( BN ) yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital Guangzhou, China pada 20 Ogos 2014 yang lalu.
Pilihanraya kecil Pengkalan Kubor ini membabitkan perbelanjaan sebanyak RM696,750. Seramai 24,039 pengundi berdaftar pada PRK N.O1 dan terdiri daripada 23,929 pengundi biasa, 109 pengundi awal dan seorang pengundi di luar negara.
Pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor ini, seramai 422 orang ditugaskan untuk mengendalikan proses pilihan raya ini yang dipilih oleh pihak SPR. Terdapat sebanyak 11 sekolah akan digunakan sebagai Pusat untuk Mengundi yang mengandungi 46 Saluran.
Menurut makluman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), keputusan PRK Pengkalan Kubor pada 25 September 2014 akan diumumkan seawal pada jam 7.00 petang manakala keputusan rasminya akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 9.00 malam.
Jumlah Pengundi : 24, 039
Peratusan Keluar Mengundi : 73%
Undi rosak : 230
WAN ROSDI WAN IBRAHIM [ PAS ]

BILANGAN UNDI : 7, 326
PERATUSAN : 41.73 %
MAT RAZI MAT AIL [ BN ] ( MENANG )
BILANGAN UNDI : 9, 961
PERATUSAN : 56.74%
MAJORITI : 2, 635
IZAT BUKHARY ISMAIL BUKHARY [ BEBAS ]
BILANGAN UNDI : 38
PERATUSAN : 0.22%
Barisan Nasional menang dengan majoriti 2, 635.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH PRK PENGKALAN KUBOR [ 25 SEPTEMBER 2014 ]"