Dikuasakan oleh Blogger.

KILANG PENAPISAN MINYAK DI SYRIA JADI SASARAN SERANGAN UDARA US

KILANG PENAPISAN MINYAK DI SYRIA JADI SASARAN SERANGAN UDARA US


Baru-baru ini US telah melakukan serangan keatas militan Syria selepas ramai warganegaranya menjadi mangsa penyembelihan puak militan itu ( ISIS ).

Amerika Syarikat yang juga disertai oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjalankan misi dengan melakukan serangan bom ke atas kumpulan jihad Negara Islam (IS) dengan pesawat pejuangnya mensasarkan kilang penapisan minyak di Syria.

Jurucakap Pentagon berkata, serangan udara diketuai Amerika itu buat pertama kalinya mengebom kilang penapisan minyak berkenaan di timur Syria bagi memutuskan sumber pendapatan bagi kumpulan IS terbabit yang bergantung kepada jualan minyak mentah kepada orang tengah di sekitar rantau berkenaan.

Serangan udara terbaru ini ditumpukan kepada 12 sasaran di timur Syria, di mana ekstremis IS menguasai kilang penapisan minyak berskala kecil, kata jurucakap Pentagon, Panglima John Kirby kepada CNN.


"Semua 12 sasaran ditembak dengan peluru berpandu pasukan bersekutu. Malah terdapat lebih banyak pesawat pasukan bersekutu berbanding pesawat Amerika," katanya. - BH Online -

~ Infokini.My ~
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "KILANG PENAPISAN MINYAK DI SYRIA JADI SASARAN SERANGAN UDARA US"

Back To Top