Dikuasakan oleh Blogger.

NAJIB DITEMU BUAL OLEH CNN

Najib Ditemu Bual Oleh CNN


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib telah ditemu bual eksklusif oleh seorang wartawan dari CNN ketika beliau menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York Semalam.

Wartawan CNN, Christiane Amanpour menemu bual Najib untuk membincangkan berkaitan nahas pesawat MH17 baru-baru ini.yang melibatkan kematian kesemua penumpangnya. Dalam temu bual itu, Najib mendedahkan bagaimana beliau berunding dengan kumpulan pemisah Ukraine bagi dapatkan kotak hitam pesawat MH17.

Ikuti perbualan Datuk Seri Mohd Najib bersama Amanpour dari CNN.

Amanpour: Perdana Menteri, selamat datang ke program kami.

PM: Terima kasih.


Amanpour: Saya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan anda lagi. Ini adalah tahun yang sangat sukar untuk anda dan negara anda. Buat pertama kali anda hadir dalam program ini sejak nahas MH17.

Amanpour : Bagaimana apabila anda pertama kali mengetahui perkara ini (nahas)? Apa reaksi anda apabila ada satu lagi pesawat 'meletup' di udara?

PM: Sekiranya anda boleh bayangkan... maksud saya, hanya selepas empat bulan MH370 hilang dan tiba-tiba di tengah-tengah malam, mesej diterima bahawa kita baru saja kehilangan sebuah kapal terbang yang ia terkeluar daripada radar. Saya macam tidak percaya dan bagaimana ia boleh berlaku dalam tempoh empat bulan. Namun ia tetap terjadi. Ia berlaku dan ia adalah satu tragedi yang besar bagi Malaysia terutama kepada ahli keluarga yang terbabit dalam nahas itu.

Amanpour : Adakah anda, pegawai dan menteri bertindak balas secara berlainan kali ini daripada apa yang anda pernah lakukan kali pertama (MH370) dulu sehingga mendapat beberapa kritikan.

PM: Saya juga berfikir begitu. Saya fikir terdapat beberapa perkara yang dapat kami pelajari daripada tragedi pertama... beberapa perkara yang kita boleh buat lebih baik terutama di bahagian komunikasi. Namun kali ini kita sedar bahawa kita perlu bertindak dan kami bertindak secara berlainan dan kita lakukan perkara yang agak tidak konvensional.

Amanpour: Apa yang tidak konvensional?

PM: Kita berdepan dengan puak pemisah, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum.

Amanpour : Apa yang anda maksudkan dengan berurusan dengan pemisah?

PM: Pada kebiasaannya sebagai kerajaan, anda hanya berurusan dengan kerajaan lain. Tapi di sini ia adalah satu gerakan, gerakan pemisah dan terdapat kebuntuan dan kita tidak boleh mendapatkan semula mayat mangsa, kita tidak boleh mendapatkan kotak hitam dengan mudah, kita tidak boleh memasuki lokasi nahas.

Dengan kebuntuan ini, kita tidak tahu berapa lama lagi perlu ditunggu dan saya rasa sedih dengan nasib ahli keluarga yang terbabit. Ia benar-benar menyentuh hati saya apabila bertemu dengan mereka, saya bertemu dengan setiap ahli keluarga mangsa nahas berkenaan dan ia benar-benar menyentuh hati saya. Saya hampir menangis. Saya rasa sedih dengan apa yang menimpa mereka. Saya simpati dengan nasib mereka dan saya beritahu kepada diri saya, sebagai pemimpin saya perlu melakukan sesuatu dan saya perlu membawa bermakna untuk keluarga mangsa.

Amanpour : Anda kata terdapat kebuntuan dan apa yang anda lakukan?

PM: Saya memutuskan bahawa saya perlu berunding dengan puak pemisah. Ini adalah, seperti yang saya katakan, tidak konvensional. Tetapi kadang-kadang kita perlu menggunakan jalan belakang. Anda perlu membabitkan diri dalam diplomasi senyap - bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Amanpour : Adakah menteri anda tahu mengenai perkara itu atau sesuatu yang anda lakukan ini bersendirian?

PM: Saya takut bahawa saya terpaksa bertindak sendirian kerana ia adalah sangat sensitif. Saya terpaksa tekan butang. Saya terpaksa menggunakan jalan belakang. Saya juga terpaksa menjalankan tindakan itu sendiri. Saya ada memberitahu pasukan kami supaya bergerak berhati-hati dari satu 'checkpoint' ke 'checkpoint' yang lain.

Amanpour : Menggunakan telefon?

PM: Ya, menggunakan telefon sehingga keseluruhan misi dicapai.

Amanpour: Adakah ini anda pernah bertindak sendiri dan siapa lagi terlibat?

PM: Saya dan satu pasukan Malaysia mengadakan beberapa perbincangan dengan pemimpin puak pemisah.

Amanpour: Dan mengapa mereka berkata ya kepada anda?

PM: Saya merayu kepada mereka. Saya kata kepada mereka, anda tahu, ini adalah sesuatu yang perlu anda lakukan kerana ia membabitkan ahli keluarga. Mereka yang terbabit tiada apa yang diperjuangkan. Mereka juga tidak terbabit dalam konflik geopolitik. Mereka tidak bersalah. Serahkan mayat mangsa kepada kami. Serahkan kotak hitam kepada kami. Saya merayu kepada hati nurani mereka.

Amanpour: Adakah anda fikir ada pihak yang akan mengakui apa yang berlaku?

PM: Terus terang, saya tidak fikir begitu. Saya fikir untuk membawa pulang jenazah, mendapatkan kotak hitam agak lebih mudah daripada mencari kebenaran. Tapi kita sudah berjanji dengan ahli keluarga dan kita mesti lakukannya.

Amanpour : Apa yang anda fikir tentang kebenaran itu?

PM: Saya rasa apa yang berlaku. Tetapi saya tidak boleh mengatakan siapa yang melakukannya.

Amanpour : Anda mempunyai rasa seperti kebanyakan orang bahawa ia telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu.

PM: Memang ditembak jatuh. Saya fikir siasatan awal sudah jelas. Walaupun mereka tidak menggunakan peluru berpandu... mereka menyatakan ia dilanggar dengan objek bertenaga tinggi, tapi melihat apa yang berlaku ia adalah satu peluru berpandu besar, walau apapun yang terjadi, ia meletup di luar pesawat dan menyebabkan kapal terbang berkenaan hancur di udara.

Amanpour : Mari kita menyentuh mengenai soal persekitaran. Adakah orang Asia betul, tunggu sebentar...kini giliran kami pula, anda semua (Barat) lakukan pencemaran dan revolusi industri anda dan kemajuan ekonomi. Kini giliran kami sekarang?

PM: Seperti kata pepatah, dua perkara yang salah tidak boleh dijadikan kebenaran.

Amanpour : Apakah yang perlu orang Asia lakukan? Apakah yang perlu China lakukan? Apa yang perlu Malaysia lakukan?

PM: Saya fikir kita patut komited terhadap sasaran yang spesifik dan kita harus dipertanggungjawabkan terhadap sesuatu perkara. Setiap negara di dunia, sama ada besar atau kecil, patut komited terhadap beberapa sasaran, khusus dari segi pelepasan karbon. Pengurangan pelepasan karbon dan kita mestilah lebih spefisik mengenainya, namun kalangan negara membangun menjangka beberapa jenis bantuan kerana mereka adalah negara miskin. Mereka memerlukan bantuan. Mereka perlu berkembang.

Tapi pada masa yang sama, anda memberitahu mereka, lihat anda tidak boleh tebang hutan. Anda tidak boleh lakukan ini dan anda tidak lakukan itu. Pastinya mereka memerlukan bantuan kerana mereka memerlukannya untuk memerangi kemiskinan. Jika anda tidak memerangi kemiskinan maka inilah punca kepada bencana. - BH Oline -

~ Infokini.My ~
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "NAJIB DITEMU BUAL OLEH CNN"

Back To Top