Dikuasakan oleh Blogger.

GAMBAR SEKITAR PRK N.01 PENGKALAN KUBOR

GAMBAR SEKITAR PRK N.01 PENGKALAN KUBOR



Pada pagi ini ,25 September 2014 akan diadakan Plihan Raya Kecil N.01 bagi kawasan Pengkalan Kubor sebagaimana yang diumumkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ). Proses pembuangan undi akan bermula pagi ini tepat pada jam 8. Pada hari pengundian tersebut, kerajaan negeri Kelantan telah menetapkan sebagai cuti peristiwa bagi seluruh negeri kelantan bagi memudahkan orang ramai di Dun Pengkalan Kubor keluar untuk mengundi.

Tepat jam 12 tengah malam tadi tamat sudah tempoh untuk berkempen bagi calon-calon Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor ini.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK ) Pengkalan Kubor ini, membabitkan tiga calon ( pertandingan tiga penjuru ) iaitu Mat Razi Mat Ail mewakili Barisan Nasional, Wan Rosdi Wan Ibrahim mewakili PAS dan Izat Bukhary Ismail Bukhary mengambil sebagai calon BEBAS.

Update pada sekitar 7.23 pagi. Para penduduk Geting, Bendang Pak Yong, Simpangan, Kg Ketil dan kesemua 12 UPU bersiap siaga untuk turun menentukan wakil mereka. Petugas-petugas parti dari kedua-dua pihak sudah mula bergerak ke lokasi kerja amanah mereka.


Ketua Dewan Muslimat PAS Msia merangkap Ketua DMPN Kelantan bersama petugas PAS di pusat pengundian upu Telok Jering....7 30 pagi.
Dun Pengkalan Kubor ini mempunyai 11 Pusat Daerah Mengundi antaranya ialah Simpangan, Tujoh, Bunohan, Jubakar Darat, Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Telok Jering, Kampung Tebing, Kampung Geting, Telaga Bata dan Kedai Geting.


Update : Pengundi pertama, Zabidah Daud, 63, tiba untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, Tumpat, bagi PRK N.01 DUN Pengkalan Kubor.



Masyarakat keturunan Siam di kawasan Ju Bakar Darat turut menjalankan kewajipan mengundi bagi Pilihanraya Kecil DUN N.01 Pengkalan Kubor di SK Sri Neting.



Calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail tiba di SK Simpangan untuk proses membuang undi diiringi pengokong Barisan Nasional.


Calon Barisan Nasional (BN) DUN Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail membuang undi di Sekolah Kebangsaan Simpangan dalam Pilihanraya Kecil N.01 Dun Pengkalan Kubor.


Ketibaan Calon daripada PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim utnuk membuang undi bersama penyokongnya.



Calon PAS DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong dalam Pilihanraya Kecil N.01 Dun Pengkalan Kubor, hari ini.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "GAMBAR SEKITAR PRK N.01 PENGKALAN KUBOR"

Back To Top