Dikuasakan oleh Blogger.

CRISTIANO RONALDO BAKAL MENINGGALKAN REAL MADRID

CRISTIANO RONALDO BAKAL MENINGGALKAN REAL MADRID


Pengurusan tertinggi Real Madrid dikhabarkan sudah mencapai kata sepakat melepaskan bintang sensasi, Cristiano Ronaldo pada pintu jendela perpindahan pemain musim panas tahun hadapan.

Kelab England, Manchester United antara yang serius untuk membawa pulang Ronaldo dan keinginan itu mendapat sambutan positif daripada pihak Los Blancos.

Sebelum ini, El Confidencial melaporkan, Presiden Real Madrid, Florentino Perez belum sedia menjual pemain antarabangsa Portugal itu dan menganggapnya antara pemain terpenting kelab itu.

Malah, Ronaldo sempat melontarkan kritikan berkaitan perbelanjaan kelab yang berlebihan oleh pengurusan, tetapi menegaskan hubungan mereka masih berjalan dalam suasana harmoni.

Bagaimanapun, laporan yang sama turut mendedahkan bahawa pihak Madrid percaya sekarang waktu terbaik untuk melepaskan Ronaldo kerana Los Blancos kini sedang dijerat dengan hutang yang jumlahnya mencapai RM2.5 bilion.

Musim lalu, Ronaldo merupakan nadi utama di sebalik kejayaan Madrid merangkul gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.

~ Infokini.My ~
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "CRISTIANO RONALDO BAKAL MENINGGALKAN REAL MADRID"

Back To Top