Dikuasakan oleh Blogger.

LUAHAN SAYU PEKERJA MAS YANG DIBERHENTIKAN

Pekerja MAS dipecat


LUAHAN SAYU PEKERJA MAS YANG DIBERHENTIKAN

Semalam menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah penerbangan Malaysia apabila menamatkan tenaga kerja keseluruhan seramai 20,000 kakitangan. Ekoran itu, seorang kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang dipecat meluahkan rasa kesal kerana mengabaikan anak semata-mata komited dengan kerja di syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Dia meluahkan kekesalan itu kerana kecewa pengorbanan bekerja dengan MAS termasuk pada hujung minggu hanyalah sia-sia apabila dia dan isterinya dipecat.

Tidak tercatat nama pemilik akaun Facebook berkenaan namun, luahan hati itu merujuk kepada seorang kanak-kanak perempuan yang diberi nama Zayani.

Pemilik akaun Facebook itu meminta maaf kepada anaknya kerana selama ini dia dan isteri sering menghabiskan masa di tempat kerja.

Tulisnya, walaupun pada cuti hujung minggu dia dan isteri yang bekerja di tempat sama tetap menghantar anaknya itu ke taska kerana terlalu komited dengan kerja.

Zayani,

“Hari ni (semalam) pukul 11.30 pagi, ayah dan mama kena buang kerja. Ayah dan mama lepas ni bukan lagi kerja repair (perbaiki) kapal terbang MAS.

“Ayah dan mama minta maaf pada Zayani sebab selama ni kami banyak habiskan masa di tempat kerja. Dulu ingatkan kalau kerja sungguh-sungguh company sayang ayah dan mama. Rupanya bukan macam yang kami fikir,” luahnya.

Penulis juga mengharapkan doa daripada anaknya itu agar dipermudahkan untuk mendapat kerja lain yang akan memberikan banyak masa untuk mereka sekeluarga dapat bersama.

“InsyaAllah ayah dan mama akan luangkan lebih masa untuk Zayani. Ayah dan mama yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Love u anak,” tulisnya lagi.

Luahan hati bekas kakitangan MAS itu telah dimuat naik pada status di laman Facebook dan disiarkan beberapa blog dan laman web selain turut dikongsi dengan pengguna Facebook.

Ini adalah kali pertama sebuah syarikat berkaitan kerajaan memberhentikan keseluruhan tenaga kerjanya.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "LUAHAN SAYU PEKERJA MAS YANG DIBERHENTIKAN"

Back To Top