Dikuasakan oleh Blogger.

HUMOOD ALKHUDHER 'KUN ANTA' BAKAL KE MALAYSIA

Humood AlKhudher-Kun Anta
Humood AlKhudher-Kun Anta

HUMOOD ALKHUDHER 'KUN ANTA' BAKAL KE MALAYSIA

Penyanyi kacak Kuwait, Humood AlKhudher bakal tiba di Malaysia |  Selepas fenomena Maher Zain yang melanda negara kita pada 2009 menerusi lagu hit 'Insha Allah', kini muncul seorang lagi penyanyi dakwah Arab, Humood AlKhudher turut mencipta senario kegilaan yang hampir sama.

Dengan usia baru mencecah 26 tahun, pemuda kelahiran Kuwait ini semakin diminati ramai remaja perempuan Muslim di Malaysia bukan sahaja kerana lagu popularnya, 'Kun Anta', malahan pakej wajahnya yang kacak lagi menarik.

Bertambah teruja, stesen radio Bernama24 turut mengesahkan, penyanyi tampan ini bakal datang ke Malaysia untuk bertemu dan menghiburkan peminatnya sempena siri jelajah promosi bermula 8 sehingga 14 Jun depan.

A video posted by حمود الخضر (@humoodalkhudher) on
Menerusi video terbarunya di laman Instagram, Humood memuat naik ucapan penghargaan kepada para peminatnya di Malaysia dan Indonesia serta berharap mereka terus memberikan sokongan kepada kerjaya seninya itu.


Kun anta di Malaysia


'Kun Anta' yang bermaksud Jadilah Diri Sendiri tidak sahaja diminati kebanyakan remaja yang fasih bahasa Arab, bahkan bait-bait lirik lagu berunsur genre nasyid kontemporari itu jika diterjemahkan amat ringkas dan unik.

Lagu tersebut yang popular disiarkan stesen-stesen radio tempatan sebenarnya berbentuk motivasi bagi menyeru pendengarnya agar tidak meniru orang lain untuk berjaya, sebaliknya terima jadi hakikat diri sendiri seadanya.

Di Malaysia, populariti Humood mula menjadi viral sejak bulan lalu apabila beberapa artis tempatan juga cuba parodi dengan mengajuk manja lagu Kun Anta secara kaedah dubsmash di YouTube antaranya NoorNeelofa.



Humood yang dibesarkan di Britain kerana mengikuti bapanya bertugas sebagai profesor psikologi di sebuah universiti negara itu secara kebetulan turut bernaung di bawah syarikat rakaman sama dengan Maher Zain iaitu 'Awakening Records'.

Media UK pernah melaporkan, firma Awakening Records ditubuhkan sejak 2003 berpusat di London oleh Shariff Hassan Al-Banna terkenal dalam kalangan remaja dengan lagu-lagu berkonsepkan dakwah Islamiah.

Mereka yang memiliki cawangan di Kaherah, Mesir dan California, Amerika Syarikat aktif menerbitkan album tema ketuhanan dalam bahasa Inggeris, Arab, Turki, Melayu, Hindi, Parsi dan Urdu untuk pasaran antarabangsa.

Selain Humood dan Maher Zain, syarikat tersebut pernah mengeluarkan album penyanyi dakwah terkenal Sami Yusuf, Nazeel Azami, Mesut Kurtis, Hamza Namira, Irfan Makki dan ramai lagi.Agensi/H.A.AMREE



Tag : Semasa
0 Komentar untuk "HUMOOD ALKHUDHER 'KUN ANTA' BAKAL KE MALAYSIA"

Back To Top