TERBONGKAR ! PUNCA SEBENAR DR. MAZA TOLAK CERAMAH USTAZ KAZIM
" Berkata benarlah biarpun kamu melihat, akan ada kepahitan dihadapan. Orang mukmin wajib takut hanya kepada Allah, bukan takut kepada mahkluk ciptaan-Nya. Jika terasa perasaan takut dengan mereka, ini bermakna penggantungan kepada Allah SWT masih rapuh. "
Kecoh dilaman sosial facebook hari ini apabila sekeping surat dalaman rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menyatakan bahawa pihak JMNP tidak bersetuju Datuk Kazim Elias dipilih sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam dan menolak ceramahnya. Surat dari Jabatan Mufti Perlis itu ditandatangani sendiri oleh Mufti negeri itu, iaitu Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr. MAZA.
Surat penolakan itu dikeluarkan berikutan penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam bagi sempena dengan hari keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan ulang tahun ke-69 RTM.
Difahamkan, pemilihan Datuk Kazim Elias itu dibuat oleh YB Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad.
Dr MAZA menetapkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pemilihan senator berkenaan kerana Datuk Kazim Elias didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.
Surat yang tersebar di laman sosial itu, kemudian mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen yang menganggap perkara itu mustahil dan tidak sepatutnya berlaku.
Menyedari gambar surat itu tersebar, ini jawapan Dr. Maza;
"Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.
"Surat tersebut tidak menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.
"Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.
"Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," kata Dr Maza melalui Facebook rasminya. - TheHypeMedia
Antara riwayat palsu yang menjadi punca disekat adalah, Ustaz Kazim menceritakan kenduri Rasulullah ﷺ yang paling mahal ialah ' roti jala yang dicelup dengan kuah kari'.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "TERBONGKAR ! PUNCA SEBENAR DR. MAZA TOLAK CERAMAH USTAZ KAZIM"