Dikuasakan oleh Blogger.

TAWARAN GAJI RM14 RIBU KERJA MENGASINGKAN JANTINA ANAK AYAM

Gaji RM14,000 untuk membezakan jantina anak ayam


TAWARAN GAJI RM14 RIBU KERJA MENGASINGKAN JANTINA ANAK AYAM

Wow! RM14,000...  $$$$$. Mendengar jumlah gaji sebesar itu tentunya menarik minat ramai untuk mendapatkan tawaran pekerjaan ini. Namun, tiada siapa mahu melakukan kerja membezakan dan seterusnya mengasingkan jantina anak ayam.

Nampak macam mudah, tapi belum tentu dapat menjalankan kerja dengan baik. Mana tidaknya, kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan dengan menentukan jantina anak ayam yang baru sahaja menetas. Memang tak boleh dikesan status jantinanya..

Sehubungan itu, industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.

Gaji RM14,000 untuk beza jantina anak ayam

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.

"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom pula ia adalah lebih cenderung kepada bahan jenaka. ' katanya 

- Memetik laporan Sinar Harian yang bersumberkan Metro.uk

Gaji RM14,000 untuk beza jantina anak ayam

Bagaimana? Jika anda mendapat peluang pekerjaan ini, adakah anda sanggup?

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "TAWARAN GAJI RM14 RIBU KERJA MENGASINGKAN JANTINA ANAK AYAM"

Back To Top