KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 5 MAC 2015
Perlawanan minggu ke-28 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan 7 perlawanan pada awal Khamis, 5 Mac 2015. Perlawanan EPL ini adalah kali ke 28 bagi pasukan lain, namun tidak bagi pasukan Chelsea dan Tottenham Hotspur yang masih berbaki 1 lagi perlawanan.
Pendahulu liga, Chelsea melipat gandakan kemenangan apabila berjaya mencatatkan keputusan 1-0 ke atas lawannya, West Ham di Upton Park. Jaringan tunggal Eden Hazard pada minit ke-22 permainan membantu pasukan Chelsea mengatasi West Ham dengan kemenangan tipis.
Juara Piala Liga (One Capital Cup) itu, kini gah mendahului liga dengan pungutan mata sebanyak 63 mata berbaki satu perlawanan, sambil diikuti pesaing terdekatnya, Man. City dengan jarak 5 mata dibelakang. Manchester City pada awal pagi tadi juga berjaya memungut tiga mata penuh dengan menundukkan Leicester City yang mencatatkan keputusan 2-0 di Etihad.
Sementara itu, pasukan di kedudukan ketiga liga, Arsenal terus menunjukkan prestasi konsisten apabila memenangi perlawanan ke atas Queens Park Rangers. Arsenal kini berjaya memungut 54 mata sepanjang musim ini dengan dikuti rapat Manchested United.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada awal Khamis, 5 Mac 2015:
● Manchester City 2-0 Leicester City
Goals:
45+2' David Silva
88' James Milner
● Stoke City 2-0 Everton
Goals:
32' Victor Moses
84' Mame Biram Diouf
● Chelsea 1-0 West Ham
Goal:
22' Eden Hazard
● Tottenham 3-2 Swansea City
Goals:
7' Nacer Chadli
19' Ki Sung-yueng
51' Ryan Mason
60' Andros Townsend
89' Gylfi Sigurdsson
● Manchested United 1-0 Newcastle
Goal:
89' Ashley Young
● Arsenal 2-1 Queens Park Rangers
Goals:
64' Olivier Giroud
69' Alexis Sánchez
82' Charlie Austin
● Liverpool 2-0 Burnley FC
Goals:
29' Jordan Henderson
51' Daniel Sturridge
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 5 MAC 2015"