DUTA AS BERLUMURAN DARAH, DISERANG DI KOREA
Bertandang ke negara orang. Inilah layanan yang diterima oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Mark Lippert ke Korea Selatan, apabila beliau cedera dalam satu serangan mengunakan pisau cukur di Seoul pada Khamis.
Memetik sumber polis melalui saluran berita YTN, seorang lelaki yang mempunyai pisau cukur pada tangan kanannya menyerang Lippert sewaktu duta besar itu menghadiri majlis sarapan pagi di tengah bandar Seoul.
Saluran berita itu memaparkan sekeping gambar menunjukkan duta itu berlumuran darah sambil tangan kanannya memegang pipi kanannya, dengan tangan kirinya juga mempunyai kesan darah.
Lippert, 42, dibawa ke hospital, tetapi kecederaan yang dialaminya dilaporkan tidak parah.
Penyerang itu, dilaporkan melaungkan slogan anti peperangan ketika membuat serangan ke atas Lippert yang baharu sahaja memegang jawatan tersebut di Seoul pada Oktober tahun lalu, telah ditahan serta-merta.
Amerika Syarikat dan Korea Selatan melancarkan gerakan tentera bersama pada minggu ini, menimbulkan ketegangan dengan Korea Utara. - mStar Online
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "DUTA AS BERLUMURAN DARAH, DISERANG DI KOREA"