Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 4 MAC 2015

Keputusan EPL 2015


KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 4 MAC 2015

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ke-28 pada 4 Mac 2015 berlangsungnya tiga perlawanan. Perlawanan membabitkan pasukan Southampton lawan Crystal Palace, Asto Villa menentang West Brom, dan Hull City lawan Sunderland.

Pada siri perlawanan Southampton menentang Crystal Palace St. Mary's Stadium, Southampton berjaya mencatatkan kemenangan dengan keputusan 1-0. Kemenangan tipis ke atas Palace itu menjadikan kedudukan kelima dalam EPL.

Aksi cemerlang Southampton yang berjaya berada di puncak liga pada awal musim merosot apabila gagal mengutip tiga mata penuh dalam tiga perlawanan terakhir baru-baru ini. Bagaimanapun, kemenangan kali ini berjaya meraih mata penuh sekaligus rampas tangga kelima liga dari Liverpool dengan jumlah kutipan sebanyak 49 mata.

Jaringan tunggal Sadio Mane yang membolosi gawang Crystal Palace pada minit ke-83 membuatkan Southampton kembali memperbaiki kedudukan mereka.

Namun, kedudukan kelima Southampton mungkin tidak kekal lama sekiranya Tottenham Hotspur memenangi dua perlawanannya akan datang, menerusi pertemuan bersama Swansea City dan Queens Park Rangers.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada awal pagi Rabu, 4 Mac 2015:

●  Hull City 1-1 Sunderland
Goals:
15' Dame N'Doye
77' Jack Rodwell

● Aston Villa 2-1 West Brom
Goals:
22' Gabriel Agbonlahor
66' Saido Berahino
90+4 Christian Benteke (P)

● Southampton 1-0 Crystal Palace
Goal:
83' Sadio Mané


Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 4 MAC 2015"

Back To Top