DUHAI GADIS BERBAJU BELANG, PULANGKAN DUITKU!
‘Pulangkan Duitku Wahai Wanita Baju Belang!’ | Perempuan... Rupa dah ada.. tapi perangai pula tak berapa nak comel. Itulah yang menimpa seorang wanita yang terpaksa menanggung kerugian wang ringgit ketika menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) mesin ATM di stesen Petronas Batu 8 Cheras pada 28 Februari yang lepas.
Wanita malang itu dikenali dengan nama Azrah Harun berdasarkan nama Facebooknya, memuatnaik sebuah video menunjukkan seorang perempuan berbaju belang sedang mencuri wangnya menerusi mesim ATM.
Ketika itu, Azrah Harun cuba untuk mendepositkan wang tunai menggunakan CDM Maybank di stesen minyak itu. Namun, ketika itu juga mangsa menerima panggilan telefon menyebabkan mangsa terlupa akan urusannya seketika di mesin berkenaan yang masih belum diselesaikan.
Mangsa yang leka dengan telefon bimbitnya meninggalkan mesin berkenaan menyebabkan seorang wanita berbaju belang dan berkaca mata di sebelahnya mengambil peluang membatalkan urusan di mesin itu serta mengambil kesemua wang milik mangsa.
"Masa itu tengah depositkan wang. Lepas itu, tak ingat apa-apa. Wanita itu yang menggunakan mesin deposit berkenaan selepas saya. Sedangkan urusan saya masih belum selesai tadi dibatalkan dan dia ambil wang saya," kata mangsa.

Ketika kejadian itu berlaku, mangsa berada di tepi berhampiran dengan mesin berkenaan. Namun hairan mengapa wanita terbabit tidak memberitahunya akan urusan di mesin itu masih belum selesai. Sebaliknya bertindak mengambil wang mangsa dan terus meninggalkan stesen berkenaan.
Ramai rakan-rakannya menyarankan agar mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi dia malu untuk melakukannya kerana beranggapan ia merupakan kes kecuaian dirinya sendiri.
"Malulah nak buat report polis. Itu kan saya yang cuai," katanya membalas nasihat beberapa orang rakannya di Facebook.
Bagaimanapun, dia menyeru kepada wanita berbaju belang terbabit untuk mengembalikan wangnya dan meminta bantuan orang yang mengenali untuk menghubunginya.

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "DUHAI GADIS BERBAJU BELANG, PULANGKAN DUITKU!"