Dikuasakan oleh Blogger.

YENG NASIR DIBEBASKAN & DAPAT TAWARAN KERJA PROMOSIKAN KLIA & KLIA 2?

Yeng Nasir Drone

YENG NASIR DIBEBASKAN & DAPAT TAWARAN KERJA PROMOSIKAN KLIA & KLIA 2?

Susulan individu yang dikecam kerana tindakannya menangkap gambar pesawat sedang mendarat menggunakan Drone di KLIA. Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah membuat laporan polis berkenaan tindakan individu terbabit yang menerbangkan drone berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tempoh hari. Kini, Yeng Nasir dibebaskan dan mendakwa diberi peluang kerja mempromosikan KLIA dan KLIA 2.

Perkara itu, dimaklumkan menerusi sebuah akaun Instragram semalam.

Individu Dikecam Kerana Tangkap Gambar Pesawat Di KLIA Guna Drone

"Baru balik dari ibu pejabat bukit aman, alhamdulillah dapat job untuk bekerjasama dengan pihak KLIA dan KLIA 2 untuk buat video promosi. Alhamdulilah," katanya di laman Instagram disertakan dengan gambar Dataran Putrajaya yang dirakam menggunakan Drone.

Kekecohan yang berlaku semalam mendapati Yeng Nasir menerbangkan Drone bagi merakam gambar pesawat mendarat di kawasan larangan KLIA, dia telah ditahan dan telah dibebaskan oleh pihak polis setelah disoal siasat.

Namun, benarkah akaun itu milik Yeng Nasir? Atau akaun palsu semata-mata bagi mengelirukan orang ramai?

Tindakan pemilik akaun berkenaan memuat naik gambar Dataran Putrajaya itu juga dilihat cuba menyindir dan mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya.

"Setahu saya, adalah dilarang untuk menerbangkan sebarang objek di kawasan Dataran Putrajaya, lebih-lebih lagi jika ia berhampiran dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri," dedah sumber.

Dua gambar Dataran Putrajaya yang dimuat naik oleh Yeng Nasir itu di laman Instagram sehingga kini masih menerima komen-komen yang rata-ratanya memarahinya di atas tindakan yang menjejaskan persepsi orang awam terhadap penggemar hobi Drone. 

Gambar-gambar pesawat yang dirakam sedang mendarat di KLIA tidak kelihatan dalam akaun Instragram berkenaan menambah lagi persoalan.

Laporan Astro Awani semalam, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah membuat laporan polis berkenaan dengan isu berkenaan. DCA juga telah memberi amaran bahawa menerbangkan drone atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tanpa kebenaran di kawasan lapangan terbang adalah dilarang keras dan merupakan suatu kesalahan mengikut Akta Penerbangan Awam 1969. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan media mengenai MAHB menawarkan tawaran kerja kepada lelaki itu.

Tag : Semasa

Related Post:

0 Komentar untuk "YENG NASIR DIBEBASKAN & DAPAT TAWARAN KERJA PROMOSIKAN KLIA & KLIA 2?"

Back To Top