TOK GURU NIK ABDUL AZIZ MENINGGAL DUNIA
TOK GURU NIK ABDUL AZIZ MENINGGAL DUNIA
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada sekitar jam 9.45 malam 12 Februari 2015 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1436H. Tok Guru menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bahru Kelantan. Allahyarham meninggal dunia sebaik sahaja pulang ke rumahnya selepas 25 hari dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Ulama Tersohor Malaysia, Tok Guru Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah pada usia 84 tahun. Punca kematian Tok Guru adalah disebabkan menghidapi Kanser Prostat. Sebelum kematian Allahyarham petang tadi, anakndanya memaklumkan tahap kesihatan ayahandanya kembali merosot selepas menjalani rawatan pada ulsernya. Allahyarham Tok Guru dilihat diusung dengan menggunakan katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bantuan oksigen.
Pemergian Tok Guru disahkan oleh Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu.
Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang memegang amanah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, meninggalkan seorang balu dan 10 orang anak. Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam keluarga yang sangat kuat berpegang pada ajaran Islam. Pendidikannya juga adalah sepenuhnya berasaskan Ilmu agama.
Beliau menjalani kehidupan penuh sederhana biarpun penah menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun. Sifatnya yang zuhud jelas kelihatan apabila kediaman yang tidak seperti pemimpin-pemimpin lain. Rumahnya dibina dengan kepingan-kepingan papan kayu sahaja (rumah kampung). Mulianya, Tok Guru menghembus nafas terakhir pada malam Jumaat.
Kelihatan orang ramai mula membanjiri perkarangan kediaman sejak 8 malam tadi selepas mendengar perkhabaran berita kematian Tok Guru.
![]() |
RIBUAN orang membanjiri kawasan kediaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. |
KROLOGI KEMATIAN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
1- Dimasukkan dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 19 Januari 2015 selepas kesihatannya yang membimbangkan.
2- Kesihatannya beransur stabil selepas beberapa hari menerima rawatan di HUSM.
3- Namun, keadaan Allahyarham kembali memburuk, pihak HUSM membenarkan Tuan Guru Nik Aziz dibawa pulang ke rumah pada pukul 8.40 malam 12 Februari 2015 selepas sudah berada dalam keadaan nazak.
4- Tok Guru kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.40 malam 12 Februari 2015 di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.
5- Berita kematian tokoh agama dan politik pantas tersebar selepas diberitahu sendiri oleh anakndanya Nik Mohamad Abduh menerusi akaun facebooknya. Antara media terawal membuat liputan tentang kematian Tok Guru ini ialah Astro Awani.
6- Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi Jumaat 13 Februari 2015 di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sini.
7- Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah mengeluarkan kenyataan memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Tok Guru. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.
8- Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti-parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
9- Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).
~ AL - FATIHAH ~
YAB Menteri Besar, serta beberapa pimpinan PAS tiba di kediaman Tuan Guru Mursyidul Am bagi memberikan penghormatan terakhir.
Datuk Haji Ahmad Yakob rasminya mengistiharkan pemergian Sang Murabbi Ummah, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui wartawan Astro Awani.
Ketibaan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di kediaman Tuan Guru Mursyidul Am pada jam 1.30 pagi.
Jalan sekitar kota bharu, area panji sesak dengan orang ramai yang ingin melawat jenazah tok guru di Pulau Melaka.
Ketiadaan ruang memaksa orang ramai parking kenderaannya di Stesen Minyak Petronas Pulau Melaka.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "TOK GURU NIK ABDUL AZIZ MENINGGAL DUNIA"