KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 | 14 Februari 2015
Perlawanan pusingan kedua kejohanan Liga Super Malaysia 2015 selepas membuka tirai pada 7 Februari lalu. Pasukan Perak mengungguli carta Liga Super 2015 selepas berjaya mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan 2-0. Bagaimanapun, kedudukan itu dijangka berubah sesudah perlawanan Kelantan menentang Lions XII esok.
Manakala di Kuching, Sarawak menang bergaya selepas menerima kunjungan pasukan Terengganu. Sarawak tunjuk taring apabila membenamkan Terengganu dengan keputusan 3-1. Pintu gol pasukan Terengganu bolos awal pada minit keempat permainan dengan jaringan Billy Mehmet Osman. Sarawak terus garang apabila meledakan gol keduanya selang dua minit selepas jaringan pertama. Namun, pada minit ke-14 permainan, Terengganu berjaya mencipta jaringan di tempat lawan menerusi pemain import mereka, Paolo Rangel. Belum tamat babak pertama permainan, Sarawak sekali lagi merobek gawang Terengganu dengan ledakan Joseph Kalang Tie.
Sementara itu, pasukan Pahang terpaksa berkongsi mata selepas terikat keputusan seri 1-1 bersama Selangor di Stadium Darul Makmur. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pula tewas 1-0 dengan PDRM. Jaringan tunggal Mohamadou Sumareh pada minit ke-76 berjaya menjulang kemenangan pertama PDRM.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Super Malaysia 2015 yang berlangsung pada sabtu, 14 Februari 2015:
● Perak 2-0 ATM
Goals:
21' Nasir Basharudin
53' Nurridzuan Abu Hassan
● Selangor 1-1 Pahang
Goals:
58' Matias Conti
64' Andik Vermanshah
● Sarawak 3-1 Terengganu
Goals:
4' Billy Mehmet Osman
6' Asri Chuchu
14' Paolo Rangel
40' Joseph Kalang Tie
● Felda United 3-0 Sime Darby
Goals:
12' Ahmad Syamim Yahya
15' Makeche Ndumba
77' Shukor Adan
● Johor DT 0-1 PDRM
Goal:
76' Mohamadou Sumareh
15 Februari 2015 (Ahad)
● Kelantan 2-0 Lions XII
Goals:
6' Jonathan McKain
42' Mohd Badhri Radzi
* Perlawanan Kelantan menentang Lions XII ditangguhkan satu hari bagi menghormati pemergian Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Carta Kedudukan Liga Super 2015 selepas 2 perlawanan.
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 14 Februari 2015"