Dikuasakan oleh Blogger.

Pengulas Sukan, DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA

Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia.

Pengulas Sukan, DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA

Pengulas sukan bola sepak tanahair, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia. Berita kematiannya dilaporkan oleh Astro Awani menerusi laman Twitter rasminya sebentar tadi.

Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Beliau yang kini bernaung di rangkaian Astro Arena sejak januari tahun lalu, dimasukkan ke IJN sejak minggu lepas bagi mendapatkan rawatan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Allahyarham cukup dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan dan luar negara sejak dari tahun 1980. Populariti Allahyarham meningkat ketika era bola sepak Malaysia memasuki Semi-Pro pada awal tahun 1990-an. Beliau juga cukup terkenal dengan ayat-ayat ulasan legend, unik dan menarik menaikkan lagi namanya buat penggemar sukan seluruh Malaysia.

Sebuah kehilangan besar dalam arena sukan negara, semoga rohnya dicucuri rahmat. Pastinya kami merindui 'the voice of Malaysian sports'.

- Salam Takziah, Al-Fatihah buat Allahyarham.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Pengulas Sukan, DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA"

Back To Top